Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Syarikat Nikon Yang Bertahan Selama 100 Tahun Dalam Industri Fotografi. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Syarikat Nikon Yang Bertahan Selama 100 Tahun Dalam Industri Fotografi.

Mungkin anda pernah mendengar mengenai jenama Nikon. Merupakan salah satu produk kamera yang terkenal di dunia.

Boleh dikatakan, Nikon adalah peneraju kepada produk kamera berteknologi tinggi yang menjadi kegemaran peminat fotografi.

Nikon bukanlah sebuah syarikat besar yang terus muncul dengan gah sebaliknya telah menghadapi pelbagai rintangan untuk membina namanya sendiri daripada bawah.

#1-Sejarah Penubuhan Syarikat Nikon.

Image result for nikon founder

Nikon diasaskan bermula pada tahun 1917 oleh Koyota Iwasaki di Jepun. Syarikat Nikon pada asalnya adalah gabungan 3 syarikat pengeluar optikal di Jepun.

Selepas 60 tahun, syarikat ini merupakan pengeluar dan pembekal utama lensa optik termasuklah untuk keluaran kamera Canon yang pertama.

Produk mereka turut digunakan syarikat-syarikat lain untuk pelbagai jenis produk mereka yang tersendiri.

Pada asalnya, Syarikat ini dinamakan sebagai ‘Nippon Kogaku Kogyo Kabushikigaisha’atau Japan Optical Industries Co Ltd.

Pada tahun 1998, syarikat ini mengalami proses penjenamaan semula dan memiliki nama baharu iaitu ‘Nikon Corporation’.

Semasa Perang Dunia Ke-2 berlaku, syarikat Nikon mula berkembang dengan pesat apabila ia mula membekalkan peralatan untuk perang seperti binokular, kanta mata untuk bom dan senapang dan sebagainya kepada tentera Jepun.

Sepanjang tempoh peperangan,  syarikat Nikon berkembang dengan pesat dan membuka 30 kilang dengan jumlah pekerja melebihi 2000 orang.

Walaubagaimanapun, selepas tamat peperangan, Nippon Kogaku kembali beroperasi di kilang pertamanya dimana ia menumpukan semula usaha untuk mengeluarkan produk untuk kegunaan rakyat biasa.

Hanya kilang ini yang beroperasi secara tunggal manakala kilang-kilang lain milik mereka tidak lagi beroperasi.

#2-Mula Berjaya Di Peringkat Global.

Image result for nikon company

Kejayaan terbesar syarikat Nikon adalah selepas pelancaran kamera digitalnya atau kamera ‘the single-lens reflex’ (SLR) .

Semasa menghasilkan kamera ini, syarikat Nikon turut menerima suntikan bantuan dana daripada ‘Mitsubishi Keiretsu’.

Nikon juga merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Mitsubishi.

Kamera SLR keluaran mereka mendapat permintaan ramai dan berjaya menembusi pasaran global dengan kamera SLR dengan nama mereka sendiri pada tahun 1999.

Terlebih dahulu, Syarikat Nikon pernah bekerjasama dengan NASA dan Kodak bagi mengeluarkan kamera SLR ini untuk kegunaan misi angkasa lepas.

#3-Faktor Kejatuhan Dan Kerugian Nikon.

Image result for nikon company

Pada tahun 1980, syarikat Nikon mula mengalami masalah kewangan yang kritikal kerana hanya fokus kepada pengeluaran kamera untuk kegunaan domestik dan ketinggalan jauh ke belakang berbanding dengan pesaing-pesaing utama mereka seperti Canon dan Minolta.

Syarikat-syarikat pesaing ini lebih fokus kepada pengeluaran kamera dan peralatan yang memenuhi keperluan dan kegunaan pejabat-pejabat dan bisnes.

Selama bertahan dalam pasaran dengan menghadapi pelbagai jenis cabaran seperti isu penyesuaian operasi syarikat dengan tuntutan pasaran semasa dan dalam tempoh yang sama, pengeluaran dan operasi Nikon Corporation telah banyak terjejas disebabkan faktor seperti gempa bumi dan bencana alam yang lain.

Hal ini menyebabkan syarikat terpaksa menanggung kerugian dan mengalami lebihan kos perbelanjaan.

#4-Strategi Bisnes Nikon Corporation.

Image result for nikon company

Untuk kekal bertahan dan relevan dalam pasaran, Nikon telah mendedikasikan masa dan segala sumber yang ada untuk membangunkan projek pengeluaran produk kamera yang terbaharu iaitu rangkaian kamera daripada tahap amatur kepada profesional.

Ia juga turut mempelbagaikan produk seperti lensa kamera, kaca mata dan sebagainya.

Bermula pada tahun 1980, Nikon menjadi peneraju industri pengeluaran semi-konduktor pada peringkat global. Ia juga turut menghasilkan mesin pengimbas filem dan mesin pencetak berwarna.

Syarikat ini sememangnya bergantung kepada jualan yang mereka lakukan dalam industri semi-konduktor. Walaubagaimanapun, strategi ini tidak lagi berkesan kerana perkembangan teknologi semasa.

Walaupun mengalami pelbagai masalah dan situasi yang runcing, syarikat ini kekal bertahan dan selepas penstrukturan semula syarikat pada tahun 1999.

Mereka masih mampu untuk mengekalkan setiap cawangan syarikat mereka dan memastikan mereka kekal membuat jualan dan mendapatkan keuntungan walaupun pada kadar yang sedikit.

Mereka juga turut merangka strategi bisnes baharu yang dinamakan ‘Vision Nikon 21’.

Dengan pelaksanaan strategi baharu ini mereka berjaya mendepani pelbagai cabaran seperti ketidakstabilan ekonomi global, persaingan yang sengit, bencana alam semulajadi, perkembangan industri semi-konduktor yang lembap dan lain-lain.

Nikon masih memberi fokus utama kepada perkembangan teknologi semi-konduktor dan meneruskan pengeluaran peralatan bagi keperluan industri.

Setelah bertahun-tahun, penantian dan kesabaran mereka berbaloi dan hari ini syarikat Nikon merupakan pengeluar mesin pengimbas kedua terbesar di dunia yang digunakan bagi tujuan fotolitografi.

#5-Kedudukan Nikon Dalam Masyarakat.

Related image

Nikon menjalankan tanggungjawab sosial korporat yang tersendiri bertujuan menyumbang semula kepada masyarakat.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilakukan untuk membantu komuniti seperti bantuan pendidikan, bantuan pembiayaan, bantuan bencana alam, program-program pembangunan alam sekitar dan sebagainya.

Selain daripada sumbangannya terhadap komuniti dunia, Nikon telah memberi sumbangan kepada ekonomi setempat dan memajukan industri fotografi bukan sahaja di Jepun malah diseluruh dunia dengan penghasilan produk-produknya yang berkualiti.

Dilaporkan Nikon Corporation mempunyai pekerja melebihi 20,000 orang dan menjangkakan keuntungan sebanyak 34 billion yen pada tahun 2018.



Sumber Kisah Syarikat Nikon Yang Bertahan Selama 100 Tahun Dalam Industri Fotografi.

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wXEsh0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.