Hi! Welcome Back and Stay Tune! Trump Berjanji Akan Terus Mengusul Pemansuhan Obamacare - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Trump Berjanji Akan Terus Mengusul Pemansuhan Obamacare

Trump yang gagal untuk memansuhkan Obamacare sebelum ini , berjanji akan membawa usulan ini pada tahun hadapan.

Tambahan Trump berkata kepada wartawan, bahawa beliau sedang mengusahakan perintah eksekutif (executive order) yang dijangka akan ditandatangani pada minggu hadapan. Ini membolehkan masyarakat membeli insuran kesihatan seluruh negeri.

Senat Republikan dilihat tidak berminat untuk membawa usul pemansuhan Obama’s Affordable Care Act selepas gagal mendapat sokongan oleh ahli-ahli Republikan yang lain.

Menurut Trump, akan ada lagi undian terhadap pelan kesihatan pada awal bulan 2018. Beliau juga optimis untuk bekerja bersama Demokrat agar usaha tersebut melibat dua parti politik. Demokrat menentang pemansuhan Obamacare yang menjadi salah satu pencapaian dasar terbaik dibawah pemerintahan Obama.

Lanjut Trump, apa yang beliau perlukan adalah undian daripada Senator Thad Cochran yang kini sedang dirawat dan dalam proses pemulihan.

Senator Republikan Rand Paul, menggalakan Trump mensahkan persatuan kesihatan ke seluruh negara. Hal ini membolehkan masyarakat membeli insuran kesihatan di seluruh negara. Trump sedang mengusahkan hal itu, kata beliau.

” Beliau sedang mempertimbangan perintah eksekutif terhadap persatuan-persatuan kesihatan yang akan memberi manfaat yang banyak kepada orang ramai.” Ujar Trump.

Namun Profesor UCLA Mark Peterso sangsi bahawa harga insuran akan berkurang jika ia dijual di seluruh negeri. Hal ini kerana pembeli insuran tetap juga akan termaktub dengan perintah ACA.

Kata beliau ” Apa yang mempengaruhi kos kesihatan adalah kos perubatan. ”

Ucapan oleh pemimpin-pemimpin kongres semalam, menyatakan bawah mereka sedang beralih kepada rang undang-undang reformasi cukai. Walaubagaimanapun, John Cornyn, yang merupakan ahli senat no 2 menyatakan pada hari Rabu, bahawa pembuat dasar akan terus mengusahakan pelan kesihatan.

The post Trump Berjanji Akan Terus Mengusul Pemansuhan Obamacare appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wYoaiN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.