KM: Sarawak kata ‘tidak’ kepada pelarian Rohingya
Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg menolak dakwaan kerajaan negeri membenarkan pelarian Rohingya masuk ke negeri itu. — Foto oleh Sulok TawieKUCHING, 13 Sept -- Ketua Menteri Sarawak menolak spekulasi negeri itu akan menyediakan tempat tinggal sementara kepada pelarian Rohinya dari Myanmar.
“Kita tidak akan berbuat demikian,” kata Datuk Abang Johari Openg ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pelarian Rohingya masuk ke Sarawak.
“Saya pun tertanya siapa yang memulakannya (spekulasi). Kita tidak mahu terlibat dalam isu ini.”
Minggu lalu menteri pendidikan, sains, dan kajian teknologi Datuk Seri Micheal Manyin berkata beliau membantah sebarang cubaan membawa masuk masyarakat Rohingya terutamanya ke daerah Serian dan Bau.
Beliau menjawab tulisan di media sosial yang mendakwa sejumlah warga Rohingya akan ditempatkan di kawasannya di Serian.
* Baca seterusnya di Malay Mail Online.
Sumber KM: Sarawak kata ‘tidak’ kepada pelarian Rohingya
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w9cWwD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment