Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Pakistan dilarikan, tangan bergari di rumah kedai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Pakistan dilarikan, tangan bergari di rumah kedai

Seorang lelaki warga Pakistan yang bergari tangan diselamatkan anggota bomba Kota Anggerik di Taman TTDI Jaya pagi tadi. — Foto ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Kota AnggerikSeorang lelaki warga Pakistan yang bergari tangan diselamatkan anggota bomba Kota Anggerik di Taman TTDI Jaya pagi tadi. — Foto ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Kota AnggerikSHAH ALAM, 13 Sept — Seorang lelaki warga Pakistan ditemui dengan keadaan kedua-dua tangannya digari di atas balkoni sebuah rumah kedai di Seksyen 22 , Taman TTDI Jaya, di sini awal hari ini.

Timbalan  Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Nek Zaidi Zakaria berkata lelaki yang berumur 40 tahun itu dipercayai dilarikan tiga lelaki, termasuk seorang lelaki warga Arab, dari rumah mangsa di Klang kira-kira pukul 8 malam tadi, sebelum meninggalkan mangsa seorang diri di balkoni rumah kedai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang peniaga gagal membayar hutang berjumlah RM100,000 kepada rakan kongsinya.

“Disebabkan itu, rakan kongsi mangsa dikatakan bertindak menggari dan membiarkan mangsa di balkoni sebelum dia diselamatkan kira-kira 6.30 pagi tadi selepas kelibatnya disedari orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nek Zaidi berkata pihak bomba dari balai Kota Anggerik di sini, terpaksa menggunakan tangga untuk menurunkan lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada polis.

Katanya polis  sedang berusaha mengesan kesemua suspek terbabit. — Bernama



Sumber Lelaki Pakistan dilarikan, tangan bergari di rumah kedai

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x0mQOk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.