Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kronologi Ketegangan US-Korea Utara Sejak Tiga Hari Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kronologi Ketegangan US-Korea Utara Sejak Tiga Hari Lalu

Ketegangan U.S dan Korea Utara semakin memuncak dan semakin memburuk rentetan isu-isu yang berlaku antara mereka pada minggu lepas.

Pada awal pagi hari ini, menteri luar negeri Korea Utara, Ri Yong Ho mengeluar ancaman dalam ucapannya di PBB (United Nation) untuk menembak pesawat strategik U.S. ” Kami mempunyai hak untuk menempak kapal perang pengebom Amerika walaupun mereka tidak berada dalam ruang udara Korea Utara” ugut beliau kepada U.S. Hal ini telah menyebabkan ketidaktentuan pada pasran global sejak akhir pasaran hari Isnin.

Berikut adalah kronologi ketegangan ini pada minggu lepas. Isu ini semakin memburuk apabila

1) Ucapan Trump di hadapan PBB yang mengancam untuk memusnahkan Korea Utara jika Pyongyang masih mengancam U.S dan sekutunya pada 19 September 2017. Trump menyindir Kim Jong Un dengan sebutan “Rocket Man” yang tengah berada dalam “misi bunuh diri”.

2) 3 hari selepas itu, Kim, presiden Korea Utara membalas ancaman ” Jika itu yang Trump harapkan, kami akan membalasnya melebihi dari apa yang dia sangka”. Kim, juga membalas ejekan Trump sebagai orang gila dan dungu atau tua yang lemah. Perkataan yang kerap kali digunakan dalam karya sastera lama. Kim juga berucap agar Trump selepas ini bijak memilih kata.

3) Pada hari Sabtu 23/9, Trump telah menghantar pesawat  B-1B bombers dan jet pejuang F-15 terbang di sekitar lautan Korea Utara dan jurucakap pentagon, Dana White mengatakan, penerbangan ini adalah yang paling jauh pernah dilalui oleh jet pengeboman ke zon utara ketenteraan (DMZ) di Korea Utara.

4) Perarakan oleh warga Korut, Korea Utara pada 24/9 yang membuat demonstrasi anti-U.S yang diikuti oleh lebih dari 100 ribu warganya. “Kami tengah menunggu waktu yang tepat untuk pertempuran akhir dengan U.S dan akan menghapuskannya dari peta dunia,” kenyatakan Ri Il Bae, pemimpin Pasukan Merah Korut.

5) Ancaman Korea Utara tidak berakhir disitu, pada hari Sabtu 25/9 semasa memberi ucapan di PBB, menteri luar Korea Utara berkata ”U.S telah mengumumkan perang terhadap negaranya dan Pyongyang akan melakukan tindakan balasan jika diancam, termasuk menembak jatuh pesawat perang U.S. ”.

6) Pada hari yang sama, Trump membuat ucapan di tweetnya bagi merespon Menteri Luar Negeri Korea Utara ”kalau ancaman ini masih berterusan, pemimpin Korea Utara ‘tidak akan bertahan lama’.” balas Trump.

The post Kronologi Ketegangan US-Korea Utara Sejak Tiga Hari Lalu appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xHTGWg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.