Mana satu nak pakai: Sebelum ini Pas kata akan bertanding di 40 kemudian 80 dan kini 100 kerusi
Husam dakwa Pas dalam dilema
MALAYSIADATELINE - September 26, 2017 2:05 pm
Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa mendakwa Pas dalam dilema apabila ada pemimpin kanan parti itu tidak merestui kerjasama membabitkan BN.
Beliau berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat halangan daripada beberapa pemimpin parti itu untuk melakukan kerjasama, lapor BH Online.
Bagaimanapun, katanya, jika Pas tidak melakukan kerjasama dengan BN, ia dijangka hilang banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
“Untuk memperoleh kemenangan, Pas perlu bergabung dengan mana-mana parti termasuk BN atau menyertai pakatan pembangkang.
“Namun, perkara itu menjadi sukar kerana pemimpin kanan parti itu tidak merestui kerjasama terbabit menyebabkan PAS kini seperti dalam dilema,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Wakaf Mek Zainab dan Kampung Penambang, hari ini.
Berhubung kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah bahawa parti itu bercadang untuk bertanding lebih 100 kerusi pada PRU-14, Husam berkata kenyataan itu sekadar ugutan kepada pakatan pembangkang.
“Pas sebelum ini menyatakan akan bertanding di 40 kemudian 80 dan kini 100 kerusi pula tetapi belum lagi ada sebarang kerjasama dibuat. Saya rasa itu hanya menjadi ugutan saja,” katanya.
Dalam pada itu, Husam berkata, pemimpin pertengahan Pas perlu mendesak pemimpin tertinggi mereka untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti itu.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xHMnOs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment