Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Mungkin Orang Tak Perasan Saya” – Najwa Latif - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Mungkin Orang Tak Perasan Saya” – Najwa Latif

PENYANYI Najwa Latif menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya dia sudah tidak lagi serius dalam lapangan nyanyian ekoran jarang dilihat di televisyen dan publisiti media.`

Najwa, 22, ketika ditanya berhubung hal itu berkata, tidak timbul soal dia tidak aktif dalam lapangan nyanyian sebaliknya masih produktif dengan penghasilan lagu-lagu terbaru.

“Ada orang ingat saya dah tak serius menyanyi setelah ambil keputusan untuk sambung belajar tiga tahun lalu.

“Biarlah, mungkin yang beranggapan sedemikian tidak perasan dengan kelibat saya sebab saya sendiri memang jarang dilihat menghadiri majlis-majlis seni selain agak perlahan daripada publisiti media kebelakangan ini.

“Pun begitu saya tetap produktif dalam penghasilan lagu-lagu di mana sekarang dalam rangka mempromosi single terbaru berjudul Kamu ciptaan saya dan kakak, Ika Latif,” katanya .

Pun begitu Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia tidak pernah ambil hati tentang dakwaan sebegitu.

“Tidak semua orang mengikuti perkembangan saya, jadi saya harus sentiasa bersedia menerima andaian sebegitu,” katanya.

Dalam pada itu, Najwa yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Antarabangsa UNITAR peringkat Sarjana Muda Bahasa Inggeris merancang untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana dalam bidang yang sama dalam waktu terdekat ini.

Di satu sisi saat diusik tidakkah dirinya kini bersedia menerima kehadiran seorang lelaki yang layak di dipanggil teman istimewa, ini antara jawapannya.

“Oh, masih terlalu awal saya nak fikir ke arah tu (tersenyum).

“Fokus saya sekarang hanya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selain mahu sambung belajar dan meneruskan kerjaya nyanyian seperti biasa,” ujarnya.

The post “Mungkin Orang Tak Perasan Saya” – Najwa Latif appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2evJ16k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.