Hi! Welcome Back and Stay Tune! PELABURAN AMERIKA SYARIKAT KIAN RANCAK MEMASUKI PASARAN PULAU PINANG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PELABURAN AMERIKA SYARIKAT KIAN RANCAK MEMASUKI PASARAN PULAU PINANG

Pengumuman mengenai bermulanya operasi kilang pertama rantau Asia milik syarikat Boston Scientific Corp yang tersenarai dalam Bursa Saham New York, di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang adalah isyarat keyakinan yang kuat buat negeri ini sebagai lokasi pilihan untuk pelaburan. Ini adalah fasiliti pengilangan antarabangsa yang ke-19 untuk syarikat gergasi peralatan perubatan ini, dan yang pertama baginya di rantau Asia.

Menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar Pengilangan dan Pengedaran Malaysia, Dave Mitchell, syarikatnya telah menyuntik dana sebanyak “ratusan juta ringgit” bagi kilang baru tersebut, dengan rancangan untuk menambah sebanyak 400 peluang pekerjaan tempatan baru dalam tempoh dua tahun. Beliau menambah bahawa “syarikat tersebut memilih tapak di Pulau Pinang kerana faktor tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, infrastruktur untuk menyokong bidang pembuatan dan ia mesra perniagaan”.


Suatu majlis pembukaan rasmi dijadualkan berlangsung pada Februari 2018. Kilang pembuatan baru Boston Scientific ini adalah seluas 375,000 kaki persegi iaitu lebih kurang 20 ekar (8.1 hektar). Kemudahan itu akan mula menghasilkan dua produk perubatan yang akan digunakan dalam sektor kardiovaskular dan endoskopi pada tahun ini. Boston Scientific bercadang untuk memperluaskan pengeluarannya bagi memasuki sektor produk urologi pada tahun hadapan. Boston Scientific mempunyai lebih daripada 13,000 produk dalam portfolio globalnya. Pada masa ini, Boston Scientific membekalkan teknologi perubatan ke lebih daripada 100 buah negara, meliputi lebih 15 negara di Asia.


Bagi tahun berakhir 31 Disember 2016, (FY16), Boston Scientific mencapai pendapatan sebanyak US$8.39 bilion, peningkatan sebanyak 12% berbanding tahun sebelumnya. Syarikat tersebut mengharapkan pendapatan untuk FY17 berada dalam lingkungan US$8.675 hingga US$8.875 bilion.


Pelaburan oleh sebuah syarikat Amerika, di samping peluasan kilang UST Global dan pelancaran Broadcom Global Distribution Warehouse tidak lama lagi membuktikan tuduhan palsu oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab kononnya pelaburan Amerika Syarikat tidak datang ke Pulau Pinang.


Malah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memfokuskan pelaburan Boston Scientific di Pulau Pinang pada satu halaman penuh dalam iklan yang disiarkan dalam “The Economist” keluaran 26 Ogos-1 September. MIDA turut menyatakan bahawa Boston Scientific akan menghasilkan komponen struktur jantung, fiber optik perubatan dan peralatan peranti biopsi. “Malaysia adalah lokasi geografi yang ideal dengan infrastruktur yang kondusif untuk perniagaan, terutama dalam sektor peranti perubatan yang semakin berkembang,” kata Ed Mackey, Naib Presiden Eksekutif di Boston Scientific.

LIM GUAN ENG



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y87tDh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.