Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar Tahfiz diperintah masuk sekolah akhlak gara-gara sentuh kemaluan rakan sekolah tanpa kerelaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar Tahfiz diperintah masuk sekolah akhlak gara-gara sentuh kemaluan rakan sekolah tanpa kerelaan

SEORANG pelajar tahfiz diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Ampang , hari ini, untuk dimasukkan ke Sekolah Asrama Akhlak Sentosa, Sentul atas tuduhan menyentuh kemaluan rakan sekolahnya yang berusia enam tahun, dua bulan lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun itu selepas dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki itu dengan cara menyentuh kemaluannya ke bahagian bawah dubur mangsa tanpa kerelaannya.

Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik riadah madrasah yang terletak di Kampung Pandan, di sini, kira-kira jam 6.15 petang, 31 Julai lalu.

Haslinda mengeluarkan perintah itu di bawah Perenggan Seksyen 91(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) membacakan laporan akhlak terhadap remaja itu.

Dakwaan kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raihanah Abd Razak.

Sumber: Harian Metro



Sumber Pelajar Tahfiz diperintah masuk sekolah akhlak gara-gara sentuh kemaluan rakan sekolah tanpa kerelaan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jopYjD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.