Pengarah Cawangan Khas Dilantik Ketua Polis Negara Baharu
| gambar Bernama |
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib hari ini.
Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu dalam Polis Diraja Malaysia itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.
Mohamad Fuzi, 58, menyertai pasukan beruniform itu pada 8 Jan 1984 sebagai kadet ASP di Pulapol.
Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah Inteligen Politik E4 Cawangan Khas Bukit Aman, Penolong Pengarah Cawangan Khas (Bahagian Politik dan Risikan) yang memangku pangkat SAC I pada 2006 dan Pengarah Cawangan Khas pada Julai 2015.
Beliau juga pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama dua bulan pada 2014. -- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gvZyYr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment