Hi! Welcome Back and Stay Tune! Program Digital Kenyalang Di 6 Lokasi Strategik - Fatimah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Program Digital Kenyalang Di 6 Lokasi Strategik - Fatimah

KUCHING : Kerajaan berhasrat untuk membawa dua inisiatif teras ekonomi digital iaitu eUsahawan dan eRezeki ke enam lokasi strategik di negeri ini, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, lokasi yang terlibat adalah di bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Miri, Sibu dan Limbang.

"Inisiatif ini diperkenalkan menerusi Program Digital Kenyalang bagi mendedahkan rakyat dengan pelbagai kaedah dan teknik untuk menjana pendapatan tambahan secara online," ujarnya.

Tambah Fatimah lagi, dengan adanya program ini, semua usahawan-usahawan mikro akan dapat mengembangkan strategi pasaran produk mereka.

"Jika dahulu pemasaran produk lebih kepada pendekatan tradisional tetapi dengan kini dengan adanya pendedahan dalan digital ekonomi, saya yakin akan adanya peningkatan dari permintaan luar terhadap ushawan-usahawan mikro ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Digital Kenyalang di sini hari ini.

Program Digital Kenyalang dilaksanakan melalui kerjasama Malaysia Digital Ekonomy Corporation (MDEC) dan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak.

"Kolaborasi dua hala antara kedua-dua pihak ini berimpak tinggi bagi memberi peluang meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk menjana pendapatan dan mensejahterakan kehidupan rakyat,"katanya. - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fjEapA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.