Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM BIDAS LOW: SIAPA JITN MAHU KAWAL KAMI? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM BIDAS LOW: SIAPA JITN MAHU KAWAL KAMI?

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad membidas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).

Sebaliknya, Dzulkifli berkata menteri itu perlu meminta lebih banyak peruntukan untuk SPRM, meningkatkan aset dan tenaga kerjanya serta memperbaiki kebajikan kakitangan, bukannya menubuhkan sebuah agensi baru.

Beliau menyelar Low kerana dilaporkan berkata, bahawa JITN akan memastikan bahawa SPRM menyiasat kes rasuah dan mendakwa dengan lebih berkesan.

“Siapa menteri ini? Siapa menteri yang mahu mengawal bagaimana kita menyiasat kes?

“Kita sepatutnya bebas. Jika alasan untuk membentuk JITN adalah untuk memantau SPRM, mengapa perlu saya melaporkan kepadanya?”

Dzulkifli mempersoalkan mengapa terdapat keperluan segera untuk menubuhkan agensi berkenaan sedangkan peruntukkan untuk semua jabatan dan agensi telah dipotong.

“Bagaimana ada wang untuk menubuhkan JITN?” kata Dzulkifli.

“Saya agak serius mengenai perkara ini dan kami menentang perkara itu apabila ia dibangkitkan dalam kabinet,” katanya selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Madrasah Raiyah Islamiah di Balik Pulau, hari ini.

Menurut Dzulkifli, tiada keperluan untuk menubuhkan jabatan baru itu kerana akan menyebabkan pertindihan tugas dengan agensi sedia ada.

“Tiada keperluan pun untuk tubuhkan jabatan baharu kerana kita sudah ada SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM).

“Bagi saya, ini adalah satu pembaziran yang nyata. Lebih baik peruntukan untuk tubuh jabatan baharu itu disalurkan kepada agensi penguatkuasaan lain, khususnya polis,” katanya.

Dzulkifli mengulas kenyataan Low yang mempertahankan penubuhan JITN yang sedang dikaji semula oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan didakwa akan memantapkan fungsi SPRM dalam melaksanakan tugas.

Kabinet pada 28 Julai bersetuju menaik taraf Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai jabatan penuh yang dikenali sebagai JITN.

JITN akan berperanan sebagai badan penyelaras untuk menerajui perubahan transformasi dalam sektor awam serta swasta yang menumpukan pada tadbir urus baik, integriti dan hak asasi manusia.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xyGYtm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.