Hi! Welcome Back and Stay Tune! TIADA SERIOUSNESS DALAM ARAHAN PM TUTUP SKH TAHFIZ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TIADA SERIOUSNESS DALAM ARAHAN PM TUTUP SKH TAHFIZ

Kejadian kebakaran  kedua sekolah tahfiz  yang berlaku  kira-kira dua minggu  selepas kejadian yang pertama yang membunuh 21 orang  tidak menggemparkan kerana tidak ada kematian tetapi menimbullkan pertanyaan umum yang sama di mana-mana; apakah terjadi kepada arahan supaya ditutup serta-merta sekolah-sekolah yang tidak mempunyai ciri-ciri  keselamatan.

Apakah kerajaan tidak mempunyai jentera dari peringkat persekutuan hingga ke peringkat negeri untuk memantau sekolah-sekolah yang tidak selamat atau sensitiviti agama dan kepentingan politik lebih diutamakan.

Kebakaran kedua ialah Yayasan Sofa Astana Tahfiz di Seremban  tetapi   37 orang pelajarnya dapat menyelamatkan diri  walaupun 60% dari sekolah itu musnah.Jika tragedi yang lebih besar berlaku maka pastinya Datuk Seri Najib terpaksa meletakkan jawatan kerana beliau telah memberi arahan supaya sekolah-sekolah tahfiz yang tidak berciri keselamatan ditutup serta merta.

Berikutan dengan kejadian kedua itu, timbul anggapan bahawa arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak dihiraukan atau tidak digerakkan  kesepaduan  jentera kerajaan yang mampu  bertindak dengan sewajarnya atas kesedaran keperluan segera dan utama.

Tidak ada sense of urgency walaupun  21 orang telah terbunuh.

Adakah menteri-menteri besar disetiap negeri mengambil sikap tidak mahu mencampuri urusan di bawah pentadbiran majlis-majlis agama atau ini membuktikan bahawa jabatan-jabatan agama negeri  merasa bebas untuk  tidak perlu menghiraukan pandangan umum.

Apakah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Pentadbiran Agama Islam),Datuk Seri Jamil Khir juga tidak mengetahui langsung  bidang kuasa yang membolehkannya bertindak dengan segera?

Yang lebih buruk ialah ia memberi implikasi  kita tidak mempunyai sebuah kerajaan yang cekap seperti kehebatan dan kecekapan mengeluarkan jaminan  setiap kali malapetaka berlaku.

Menurut akhbar The Star yang bersumberkan Jabatan Bomba dari tahun 2015 hingga 2017 telah berlaku  211 kebakaran sekolah tahfiz di seluruh  negara tanpa  keselamatan bahaya api dan didirikan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

– http://ift.tt/2c8nmBg

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xzCFOE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.