Hi! Welcome Back and Stay Tune! Thailand Kaji Kelemahan Di Sukan SEA KL2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Thailand Kaji Kelemahan Di Sukan SEA KL2017

BANGKOK – Beberapa hari selepas berakhirnya Sukan SEA ke 29 (KL 2017), pegawai-pegawai sukan Thailand mula mengkaji kelemahannya yang menyebabkan kejuaraannya di sukan serantau dua tahunan itu terlepas ke tangan Malaysia kali ini.

Pegawai sukannya termasuk chef-de-mission ke sukan itu, Thana Chaiprasit dan setiausaha agung Jawatankuasa Olimpik Thailand (OCT) Charouck Arirachakaran menggesa dilakukan pembaharuan, dan penyusunan semula persatuan sukan bagi mengelakkan prestasi terus menurun.

“Kami perlu mengkaji semula prestasi kami dan cari jalan bagi pembaharuan untuk menuntut kembali keunggulan kami (di Sukan SEA).

“Saya mahukan Lembaga Sukan Thailand (SAT) dan OCT berbincang dengan setiap persatuan sukan,” Thana disebut sebagai menyatakan kepada media tempatan baru-baru ini mengenai prestasi Thailand yang merosot di KL 2017.

Negara tuan rumah, Malaysia yang mengatasi sasaran 111 pingat emas mengutip 145 pingat itu sekaligus mengetepikan johan bertahan, Thailand yang hanya mampu meraih tempat kedua dengan 72 emas, sekalipun meletakkan sasaran 120 pingat emas di sukan itu.

Thailand kurang 48 pingat emas dari jumlah yang disasarkan, bagi mempertahankan kejuaraan yang dirangkul pada sukan SEA ke 28 di Singapura dua tahun lepas dengan 95 emas.

Ketua OCT, Charouck turut menggesa dilakukan penyusunan semula persatuan atletik dan renang selepas peserta mereka gagal muncul cemerlang di KL 2017.

Beliau memberitahu media tempatan, Thailand pernah gagah dalam kedua-dua sukan itu dengan meraih banyak pingat emas, tetapi pada sukan baru berakhir, ia hanya mampu meraih sembilan pingat emas dalam atletik dan tiga dalam renang.

Selain dua sukan itu, turut mengecewakan ialah jimnastik, boling, memanah dan lawan pedang yang gagal meraih sebarang pingat.

Namun Charouck, memuji pasukan bola sepak yang berjaya mempertahankan pingat emas.

Sementara itu, kerajaan di bawah skim bonus Tabung Pembangunan Sukan Negara untuk atlet sukan SEA akan menyerahkan 124 juta Baht (RM15.5 juta) kepada 72 pemenang pingat emas, 86 perak dan 88 gangsa.

Seorang pemenang pingat emas akan menerima 200,000 Baht (RM25,000), perak 100,000 Baht (RM12,500) dan gangsa 50,000 Baht (RM6,250).

Menurut media tempatan, bola sepak dijangka menerima jumlah terbesar wang bonus sebanyak 16 juta Baht (RM2 juta). – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vXQEJ5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.