Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Wajah suaminya yang sabar dan melayani isterinya itu takkan dapat saya lupakan' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Wajah suaminya yang sabar dan melayani isterinya itu takkan dapat saya lupakan'

Semalam pergi ke IKEA, tempat terapi bagi isteri. Rumah yang sekangkang kera, akan menjadi selapang syurga jika ada walau satu barang dari sana. Maka, dengan membawa anak-anak dan isteri, sabar dan tabah adalah benda wajib yang di letakkan paling hadapan dan paling tinggi.
Sementara membenarkan isteri menolak troli dan ambik barang sesuai dengan hati, bukan sesuka sendiri, saya duduk kejap di lantai berteman anak yang bergaduh rebut senduk dan kuali. Di tepi sebalik rak yang lain, terdengar bualan suami isteri.
"Abang, ambik tu jap"
"Abang, nak pegang yang tu"
"Abang, nampak sudu tak?"
Abang, abang, abang tak habis-habis dengan abang. Aduh, kasihan pula rasa dengan suaminya nak diminta macam-macam. Saya berdiri nak tengok pasangan yang bersembang ini. Bila saya bangun, saya nampak suaminya pegang tangan isteri, sambil isterinya menyentuh sebiji kuali.
"Awak, ini kuali. Dia non stick. Ini pemegang dia. Besar kuali ini boleh masuk ikan. Dia warna silver," jelas si suami.
Saya ke depan sikit. Kenapa suami dia pegang tangan isteri dan beritahu semua? Allah... isterinya buta. Mata terbuka tapi memandang sehala sahaja. Isterinya sedang mengandung anak kedua kerana anak pertama suami yang tolak dalam stroler.
Suami bawa isteri ke bahagian lain, isteri tanya lagi "abang, ni apa?". Wajah suaminya sabar dan melayan isterinya itu takkan dapat saya lupa. Masih memegang tangan isteri dan menerangkan barangan yang isteri mahu tanya. Tak boleh bayang dari bahagian perabot sampai sini, berapa jam sudah dia memimpin isterinya. Betapa wajah itu sayang dan cintakan anak isterinya. 
Bersalah rasa yang bukan-bukan tadi. Saya duduk kembali. Agungnya cinta suami yang sayangkan anak isteri. Dia pasti sayang kerana Allah! Kerana hanya sebab Allah, satu rumahtangga itu akan kuat dan bahagia.


Sumber 'Wajah suaminya yang sabar dan melayani isterinya itu takkan dapat saya lupakan'

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fjanxn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.