Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru duka lara akhirnya dipindahkan mengikut pasangan masing-masing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru duka lara akhirnya dipindahkan mengikut pasangan masing-masing

KUALA LUMPUR: Seramai 11,606 calon guru duka lara dipindahkan mengikut pasangan masing-masing dalam tempoh, 1 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2018.

Guru duka lara akhirnya dipindahkan mengikut pasangan masing-masing

Guru duka lara akhirnya dipindahkan mengikut pasangan masing-masing

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, berkata proses pertukaran itu dilaksana berdasarkan tiga syarat, iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen negeri yang dipohon.

TIMBALAN Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon. – Foto Fariz Iswadi Ismail

“Isu guru duka lara akan terus wujud kerana urusan pemindahan tempat kerja guru berkahwin berlaku sepanjang tahun, namun kementerian sentiasa berusaha untuk menyelesaikannya.

“Bagaimanapun, setiap permohonan perlu mengikut syarat yang ditetapkan bagi menjamin kelangsungan perkhidmatan di institusi pendidikan,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), di Dewan Rakyat, hari ini.

King Sing meminta perangkaan guru duka lara yang berjaya disatukan kembali dengan pasangan susulan pelbagai isu, sehingga mengundang masalah seperti perceraian dan perselisihan rumah tangga.

Menjawab soalan tambahan King Sing pertimbangan lain kementerian dalam meneliti permohonan guru duka lara, Sin Woon berkata, beberapa pertimbangan turut diambil kira dalam isu berkenaan.

Beliau berkata, ia merangkumi kes sakit kronik dalam kalangan ibu bapa pendidik, selain guru yang berdepan ancaman keselamatan diri.

“Kes ini juga diambil kira untuk pertukaran, namun kita perlu lihat kekosongan di negeri yang dipohon bagi memastikan keseimbangan penawaran dan permintaan jawatan.

“Ini tugas sukar kerana sehingga kini, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis merekodkan jumlah permohonan pertukaran guru duka lara tertinggi ke negeri berkenaan, tetapi mempunyai kekosongan jawatan yang terhad,” katanya.

Sin Woon berkata, kementerian turut memberi pilihan kepada guru duka lara untuk berkhidmat di negeri berhampiran sekiranya tiada kekosongan jawatan di tempat yang dipohon.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan guru duka lara menolak tawaran itu kerana beranggapan bakal berdepan kesukaran untuk membuat permohonan pertukaran semula selepas bertugas di mana-mana negeri.

“Contohnya, di Kelantan saja, kita menerima permohonan pertukaran guru duka lara menjangkau 1,999 orang, namun kekosongan jawatan sekolah menengah hanya 40 tempat,” katanya menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang).

Sumber: Bharian



Sumber Guru duka lara akhirnya dipindahkan mengikut pasangan masing-masing

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AG4vuC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.