Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZUNAR DISIASAT LAGI, KALI INI KERANA KARTUN TABUNG DUIT PECAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZUNAR DISIASAT LAGI, KALI INI KERANA KARTUN TABUNG DUIT PECAH

KARTUN memaparkan tabung duit pecah menyebabkan kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, yang juga dikenali sebagai Zunar, sekali lagi berdepan masalah dengan undang-undang.

Polis menyoal siasat kartunis terkenal itu hari ini berkaitan kartun yang memaparkan tabung duit, mewakili dana amanah awam serta agensi kerajaan yang dipecahkan dikatakan bagi membayar hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Zunar disoal siasat selama sejam di Bangunan Jenayah Komersial di Kuala Lumpur hari ini, dan disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1998.

Seksyen 223 berkaitan kesalahan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan jaringan internet oleh orang yang memindahkan apa sahaja telekomunikasi yang dianggap menyinggung atau menyebabkan kejelikan kepada orang lain.

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman, sekiranya sabit bersalah, denda maksimum mencecah RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali, serta denda lanjutan RM1,000 setiap hari sekiranya kesalahan itu masih dilakukan selepas sabitan bersalah dijatuhkan.

Zunar berkata telefon bimbitnya dirampas selepas soal siasat, menambah yang polis meminta penjelasannya mengenai karakter kartun tersebut.

“Saya pilih untuk tak jawab sebarang soalan berkaitan kartun itu,” katanya kepada wartawan selepas soal siasat itu.

“Saya tak mahu jelaskan kartun itu. Biarkan orang menafsirnya sendiri,” katanya.

Kartun itu yang dimuat naik dalam media sosial pada 9 Ogos lalu memaparkan tabung tanah liat berbentuk ayam yang pecah dilabelkan dengan nama agensi kerajaan, Felda, Tabung Haji, Petronas, KWAP dan KWSP.

Seorang lelaki bermisai dilihat memegang karung yang berlabel “ Skandal 1MDB: Wa tau mana cari RM5 billion bayar IPIC. Sebentuk cincin berlian juga dilihat dalam kartun itu.

Zunar berkata soal siasat itu adalah satu bentuk ugutan menambah yang polis menafikan permintaannya untuk melihat laporan polis yang dikatakan dibuat pada Ogos.

“Hanya kerana seorang, daripada lebih 30 juta penduduk buat laporan polis, kita tak boleh kata yang kartun itu salah di sisi undang-undang.

“Awak tak boleh guna tafsiran awak jadi undang-undang.”

Zunar sudah didakwa atau disiasat kerana melanggar enam undang-undang sejak dua tahun lepas, yang paling serius adalah apabila dia ditahan di George Town, Pulau Pinang kerana menganggu keamanan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. Penahanan itu berlaku pada 26 November 2016, hampir setahun yang lalu.

Zunar juga seringkali diganggu kerana karya satira politiknya termasuklah masalah korupsi dan urus tadbir negara.

“Masalah adalah masa. Awak perlu datang ke sini untuk siasatan. Dan saya rasa mereka jangka saya akan penat selepas berdepan dengan semua ini.

“Mungkin mereka fikir lepas ini, saya akan berhenti melukis,” katanya.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AHBu1y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.