Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sedia beri kerjasama dakwaan terima sogokan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sedia beri kerjasama dakwaan terima sogokan

KETUA pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari sedia memberi kerjasama penuh kepada polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima sogokan sebelum final Piala Malaysia 2017, awal bulan ini.

Khairul Helmi berkata beliau bersama enam rakannya daripada skuad Lang Merah bersedia pada bila-bila masa seandainya dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

"Kami memang sudah bersedia kalau diminta untuk beri keterangan dan sentiasa akan beri kerjasama," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kasut bola baharu keluaran Adidas di Football Republic, Suria KLCC, hari ini.

Selain Khairul Helmi, turut terpalit dalam isu dikatakan menerima sogokan berkenaan ialah ketua jurulatih pasukan tersebut, Nidzam Adzha Yusoff dan pemain sayap, Muhd Syazwan Zainon.

Mereka dikatakan menerima sogokan RM200,000 setiap seorang sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Sementara itu, jenama kasut bola terkemuka, Adidas hari ini melancarkan edisi Predator 18 yang merupakan rangkaian but bola sepak yang menghasilkan kejayaan besar buat Adidas sejak diperkenalkan pada 1994.

Pelancaran Predator 18 yang penuh gilang gemilang dirasmikan pemain ternama antaranya penjaga gol JDT, Izham Tarmizi, Afiq Fazail (pemain tengah JDT) dan Badri Radzi ataupun lebih dikenali sebagai Piya, pemain tengah Kelantan.

Sementara itu, ketua pemasaran Adidas Malaysia, David Wong menzahirkan penghormatan terhadap sejarah dicipta Predator serta Football Republic kerana menyediakan kedai barangan sukan lengkap kepada  peminat.

“Adidas Predator adalah sebahagian besar daripada jenama dan bola sepak amnya kerana ia muncul ketika era 90-an. Banyak legenda bola sepak menggunakan kasut ini dalam karier mereka,” katanya.



Sumber Sedia beri kerjasama dakwaan terima sogokan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AihYrW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.