Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kak Ros terkejut ditengking Mas Idayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kak Ros terkejut ditengking Mas Idayu

ADA nampak mummy happy?  Mummy tak nak Shima senyum! Apa yang Shima buat malam ni?

Kak Ros cuma nak kasi dia semangat mummy? Mummy, ada orang boleh kena tegur macam gitu mummy, ada orang tak boleh...

Ini antara kata-kata yang popular sejak beberapa minggu lalu ketika mummy Mas Idayu memarahi Baby Shima dalam program D'Academy Asia musim ketiga.

Selain itu, kata-kata seroang lagi juri dari Singapura, Kak Ros turut mencuri tumpuan netizen.

Advertisement

Sehingga ke hari ini, video kejadian tersebut masih lagi tular di media sosial dengan pelbagai parodi telah dibuat.

Untuk itu, Sinar Harian telah berjaya mendapatkan kenyataan daripada Kak Ros atau nama sebenarnya Rosalina Musa.

"Tentang Shima, Mas Idayu sudah membantu beberapa malam sebelum pertandingan hari itu jadi mungkin sebagai 'mak' di DAA3 ini untuk peserta Malaysia, dia terlalu kesal dan kecewa dengan persembahan Shima malam itu.

"Saya pula seorang yang senang terasa emotional baik peserta itu bagus atau tidak.  Saya memang kasihan tengok Shima dimarahi begitu kerana kami juga ada berbalas message sebelum pertandingan, dan Shima selalu cakap yang dia takut mengecewakan semua.

"Saya selalu baik dengan semua peserta dan akan selalu beri kata-kata semangat dan selalu bilang jangan takut dan beri persembahan sebaik mungkin yang mereka mampu. Jadi tidak salah untuk saya ke depan untuk memeluk Shima cuma mungkin moment itu tak kerana Mas Idayu belum habis marah Shima," jelasnya.

Tambah Kak Ros lagi, dia ke depan pun kerana dia sendiri sudah menangis dahulu dan diminta oleh comentator yang lain supaya memujuk dan menenangkan Shima.

"Mulanya saya terperanjat juga apabila Mas Idayu tengking saya, jadi saya jawab dengan apa yang saya rasa kerana saya tahu Mas Idayu tu kalau dah marah susah untuk dia control emosinya.

"Tapi sedikit pun saya tidak berkecil hati. Lain orang lain cara dan yang jelas saya dan Mas Idayu tidak ada masalah.  Kami baik sahaja walaupun karakter kami  berbeza.  Kami selalu berbincang dan selalu cuba membantu peserta sebanyak mungkin dengan ikhlas untuk peserta itu," katanya lagi.

Di Malaysia nama Rosalina Musa masih kurang popular namun sebenarnya dia dan penyanyi-penyanyi dangdut dari Malaysia sudah lama berkawan baik.

"Saya sebenarnya kenal Mas Idayu, Amelina, Sheeda, Iwan dari zaman-zaman hangatnya dangdut dulu, kira-kira 20 tahun yang lalu. Memang dari DAA1 hingga sekarang Mas Idayu memang tegas, garang dan apa yang dia rasakan dia akan cakap sahaja apabila menegur semua peserta, tidak terhad dari Malaysia aje.

"Kalau peserta siap mental dan fizikal, mereka akan terima dengan hati terbuka untuk kebaikan mereka," ulas Kak Ros lagi.



Sumber Kak Ros terkejut ditengking Mas Idayu

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i07YZm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.