Sekali Kena ‘Game’ Dengan Tok Bomoh Daa…
Ilmu yang diamalkan dengan bantuan jin atau makhluk halus selalunya dikaitkan dengan ilmu hitam dan sihir.
Mungkin ramai yang merasakan bahawa ilmu-ilmu sebegini sudah tidak releven lagi dalam dunia hari ini.
Namun, sangkaan itu meleset sama sekali kerana ternayata masih terdapat segelintir manusia yang percaya dengan ajaran mengarut seperti itu.
Ini terbukti apabila terdapat sebilangan masyarakat di Indonesia yang mendakwa mengamalkan Debus, iaitu sejenis ilmu seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan suku Banten.
Debus dipercayai dapat memberikan kekebalan dengan bantuan jin, sekaligus membuatkan pengamalaya kebal daripada sebarang kecederaan fizikal.
Oleh sebab itu, masih ramai manusia jahil mengamalkan ilmu sesat berkenaan biarpun menyedari tindak tanduk mereka itu sebenarnya menuju ke jalan syirik.
Inilah yang berlaku kepada tujuh lelaki di Tangerang, barat Jakarta yang mahu menguasai ilmu tersebut dan cuba mempelajarinya daripada seorang bomoh di Kampung Rawa Kopi.
Bomoh terbabit yang hanya dikenali sebagai Didi, mahu melihat sejauh mana penguasaan anak-anak muridnya terhadap ilmu itu.
Lalu mengarahkan anak muridnya membilas tangan menggunakan racun asid pada malam Jumaat lalu, kononnya untuk menguji kebolehan mereka dalam mempraktikkan ilmu debus.
Malangnya, tujuh lelaki itu mengalami lecur teruk sejurus mereka menjiruskan cecair asid, membuatkan kesemuanya dikejarkan ke unit kecemasan dan memerlukan rawatan pakar daripada pihak hospital.
Menurut Ketua polis tempatan, Harry Kurniawan, bomoh lelaki itu dikatakan baru berpindah ke kampung berkenaan beberapa bulan sebelumnya.
Bomoh terbabit turut menawarkan ilmu Debus kepada mereka secara percuma dan berjanji tujuh lelaki terbabit pasti kebal jika mematuhi syaratnya.
“Lelaki malang berkenaan percaya bulat-bulat dakwaan ‘guru’ mereka itu dan bagi menguji mereka, Didi mengarahkan mereka membilas tangan menggunakan bahan kimia yang kami percaya adalah asid.
“Akibatnya mereka terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami lecuran teruk,” kata Harry memetik Detik.com.
Menurutnya lagi, bomoh itu terus menghilangkan diri selepas kejadian itu dan kini diburu polis walaupun mangsa tidak membuat laporan rasmi.
Dia berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah kerana cuai sehingga membawa kepada kecederaan.
Seorang mangsa, Syahroni, 36, berkata, dia dan rakan-rakan melalui lapan ujian sebelum diarahkan melakukan tahap kesembilan yang menyebabkan mereka semua melecur teruk.
“Kami melakukan semua disyaratkannya termasuk mandi bunga menggunakan air sejuk selama beberapa malam. Kami kemudian diuji dengan dilibas senjata tajam dan tidak mengalami luka.
“Pada hari kejadian iaitu ujian terakhir, kami diarahkan membaca doa dan zikir bagi melancarkan ilmu kebal sebelum disiram sejenis cecair.
“Pada mulanya kami tidak rasa apa-apa tetapi apabila dibilas pula dengan air bersih tiba-tiba tangan terasa panas dan melepuh,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BwcZS3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment