Hi! Welcome Back and Stay Tune! SELEPAS SKANDAL 1MDB, LHDN JADI AGEN ‘SEKSA RAKYAT’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SELEPAS SKANDAL 1MDB, LHDN JADI AGEN ‘SEKSA RAKYAT’

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah agen kerajaan yang menekan rakyat untuk membayar cukai bagi menambah hasil selepas ketirisan berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang ahli Parlimen pembangkang.

Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) mendakwa kerajaan kini kekurangan hasil disebabkan skandal 1MDB dan ketirisan tadbir urus.

“Oleh kerana kerajaan tidak ada duit LHDN jadi agensi untuk tekan rakyat bayar cukai.

“Walau banyak manapun kita bayar cukai ketirisan masih berleluasa dan ia tidak akan selesaikan masalah,” kata Chong ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Cukai pendapatan (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Chong berkata, LHDN tidak seharusnya menganggap “semua orang seperti penjenayah.”

“Kita bayar cukai tapi cara LHDN kutip cukai dari orang ramai berperikemanusiaan sikit.

“Jangan anggap orang sebagai penjenayah…terutamanya orang tua yang bersara, mereka sudah berkhidmat untuk negara,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Othman Aziz bagaimanapun berkata dakwaan Chong tidak benar kerana LHDN hanya memberi kesedaran kepada rakyat untuk membayar cukai.

“Berkaitan langkah LHDN  dilihat macam menekan rakyat, saya melihat bahawa apa yang dibuat LHDN dalam konteks memberi kesedaran bahawa sebagai rakyat yang perlu membayar cukai mereka kena bayar cukai.

“Kalau ada masalah LHDN akan membantu. Bila kita sedar kita kena bayar cukai kita kena patuh, tapi kita sedar rungutan seperti dibangkitkan Bandar Kuching,” katanya.

Othman yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata, LHDN hanya memastikan pembayar cukai yang layak membayar cukai mereka.

“Kita tidaklah sampai tahap menekan rakyat.

“Kita sedar langkah LHDN ini (untuk) memastikan tidak ada orang yang patut bayar cukai sikit atau banyak tapi tak bayar,” katanya.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zzsOpP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.