Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alif Satar & Sherry Al-Hadad Hos Bersama AJL32 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alif Satar & Sherry Al-Hadad Hos Bersama AJL32

Acara muzik yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia setiap tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) bakal tiba. Pada tahun ini, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad dipilih sebagai hos utama dalam menerajui acara berprestij tersebut.

Buat pengetahun semua, kolaborasi ini merupakan kali pertama mereka digandingkan dalam Anugerah Juara Lagu walaupun sebelum itu mereka pernah berganding sebagai pengacara di Konsert Rockanova, pada tahun lepas.

“Saya rasa sangat bertuah dipilih sebagai hos AJL32, bergandingan dengan Alif Satar. Apa yang kami nak buat malam itu nanti, rahsia,” kata Sherry ditemui di sidang media Anugerah Juara Lagu ke-32 petang kelmarin.

Dalam pada itu,malam kemuncak AJL32 turut dimeriahkan dengan persembahan Datuk Awie, Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Siti Sarah serta Datuk A. Rahman Hassan dan Datuk Jeffrey Din.

Sebanyak 12 lagu yang akan dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) antaranya ialah:

1. Akhirnya Cinta – Salma – Ajai/ Slen
2. Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri – Syamel
3. Aku Yang Sebenar – Hazama – Datuk M. Nasir/ Ad Samad
4. Amboi – Altimet – Navigator/ Altimet
5. Bayang – Khai Bahar – Alam Harry Khalifah/ Patrick Anohada
6. Jampi – Hael Hussaini – Hael Hussaini/ Ezra Kong
7. Lebih Sempurna – Syamel – Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz
8. Menahan Rindu – Wany Hasrita – Ibnu/ Gouffran
9. Sejati – Azmi Caliph Buskers – Faizal Tahir/ Mike Chan
10. Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah – Ajai
11. Tergantung Sepi – Haqiem Rusli – Gouffran/ Ibnu
12. Warkah Untukmu – Ara Johari – Hang Nadim/ Laq

Bertemakan Fesyen dan Muzik, AJL 32 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari ini. (rtky/h)


Video panas artis Malaysia




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mYcYkl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.