Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) "Kak Long Hanya Nak Bisnes Mak Maju." Cacat Bukan 1 Penghalang, Walau Terpaksa Guna Lidah Untuk Kendalikan Telefon Pintar, Wanita 'Istimewa' Ini Tetap Gigih Mengiklankan Perniagaan Ibu Di Media Sosial .. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) "Kak Long Hanya Nak Bisnes Mak Maju." Cacat Bukan 1 Penghalang, Walau Terpaksa Guna Lidah Untuk Kendalikan Telefon Pintar, Wanita 'Istimewa' Ini Tetap Gigih Mengiklankan Perniagaan Ibu Di Media Sosial ..



PENDANG - Dilahirkan dalam keadaan yang tidak mampu menguruskan kehidupan sendiri tidak menghalang wanita orang kurang upaya (OKU) Nor Salmawati Mahmud menyimpan hasrat membantu menambah pendapatan keluarga.

Siapa sangka tanpa tangan yang mampu berfungsi, Nor Salmawati yang lebih dikenali sebagai Kak Long memiliki kemahiran menggunakan lidah untuk mengendalikan telefon pintar.


Dengan kemahiran itu, dia cuba mempromosi perusahaan membuat sos dan kicap milik ibunya di media sosial sejak beberapa tahun lalu.

Biarpun tidak mendapat maklum balas yang memberangsangkan, namun ia sedikit sebanyak mampu membantu keluarganya memperoleh pendapatan hasil daripada produk yang dijual.

“Pada mulanya memang sukar menggunakan lidah sebab telefon pintar lebih sensitif, namun Alhamdulillah semakin lama semakin mudah dan kini saya mahir menggunakannya,” kata Kak Long. - UTUSAN ONLINE/FIKRI FADZIL

Menurut anak sulung daripada lima beradik ini, kos penghantaran yang semakin tinggi menyebabkan perniagaan ibunya berjalan sangat perlahan jika dibandingkan sebelum ini.

“Kalau orang tempah produk kami dalam kuantiti yang sikit, memang kami tidak dapat buat penghantaran sebab kosnya terlalu tinggi, jadi tidak berbaloi.


“Oleh itu kami hanya mengharapkan mereka yang tempah dalam kuantiti yang banyak. Mungkin pembungkusan perlu ditambah baik untuk menarik lebih ramai orang untuk membeli,” katanya ketika ditemui Utusan Online di kediamannya baru-baru ini.

Dengan hanya menggunakan lidah, Kak Long tetap bersemangat untuk membantu mempromosi sos dan kicap milik perusahaan ibunya di media sosial. - UTUSAN ONLINE/FIKRI FADZIL

Bercerita mengenai kemahiran menggunakan lidah dalam mengendalikan telefon pintar, Kak Long berkata, perkara tersebut berlaku sejak dia berusia 10 tahun. Pada masa itu dia menggunakan lidah untuk bermain permainan dalam telefon bimbit jenis Nokia 3310 milik bapa saudaranya.

“Bermula daripada situlah, saya belajar menggunakan lidah untuk mengakses telefon. Semakin menginjak dewasa, saya lihat ramai kawan-kawan mula menggunakan telefon pintar dan saya pun berminat untuk menggunakannya.

“Pada mulanya memang sukar menggunakan lidah sebab telefon pintar lebih sensitif, namun Alhamdulillah semakin lama semakin mudah dan kini saya mahir menggunakannya,” katanya yang kini mempunyai lebih 3,000 ‘friends’ di Facebook.

Ditanya mengenai aktiviti hariannya di rumah, Nor Salmawati berkata, memandangkan dia tidak dapat bergerak seperti insan lain yang normal, ibunya banyak membantunya untuk menguruskan diri, makan, minum dan mandi.


“Tangan dan kaki saya tak berfungsi macam orang lain, bangun sahaja daripada tidur, mak lah yang akan dukung saya ke bilik air untuk mandi, buang air dan sebagainya. Selesai mandi, mak akan suap saya makan pula.

“Setelah itu bermulalah aktiviti saya berbual dengan rakan-rakan di media-media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Kak Long ada ‘group’ dalam Whatsapp iaitu ‘Kaklong Forever’, di situ rakan-rakan banyak bagi sokongan dan bertanya aktiviti harian saya,” ujarnya. 

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mRJlQI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.