“Pereka Baju Dah Ada, Cuma Cari Calon Saja”
Sebelum ini ada ura-ura di sebuah blog tempatan mengatakan penyanyi bersuara emas, Dayang Nurfaizah bakal melangsungkan majlis perkahwinan dalam jangka masa yang terdekat ini.
BACA: Dayang Nurfaizah Akui Tidak Pandai Bercinta
Bagaimanapun, penyanyi tersebut menafikan perkara tersebut kerana itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata semasa Dayang mengadakan persembahan konsertnya di Singapura.
“Dayang pun tak baca lagi, mungkin mereka ambil jokes (jenaka) masa Dayang mengadakan konsert pada hari itu. Sebab Dayang buat jokes macam – okay designer untuk baju dah ada, wedding planner dah ada, cuma cari calon sahaja.
Mungkin dia ambil perkara tersebut secara serius, tapi sebagai Dayang tu hanyalah sekadar gurauan. Dayang hanya buat jokes atas pentas masa konsert pada hari itu. Kalau kahwin betul-betul belum lagi, Insya-Allah akan datang,” katanya yang ditemui di majlis sidang media Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32).
Dalam pada itu, Dayang Nurfaizah juga merupakan finalis bagi Anugerah Juara Lagu ke-32. Pada tahun ini Dayang sekali lagi mempertaruhkan lagu berjudul Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya oleh komposer Ajai. (rtky/h)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mWk9cL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment