Curang Di Facebook, Whatsapp ,We Chat Antara Punca Keretakan Rumahtangga..
KUALA TERENGGANU: Curang di media sosial termasuk salah guna aplikasi Facebook dan WhatsApp adalah antara faktor penyumbang kepada kadar perceraian dan kerosakan rumahtangga.
Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, penggunaan sosial media itu boleh menimbulkan keraguan pasangan yang akhirnya menjerumus kepada perceraian lapor Astro Awani.
Ia juga dikenalpasti antara penyebab berlakunya hubungan biasa kepada hubungan lebih mesra dan seterusnya penyebab berlakunya kecurangan pasangan.
“Saya kena akui isu adanya Facebook dan WhatsApp ini juga menyebabkan berlaku juga timbul salah faham suami isteri yang boleh membawa kes itu ke mahkamah. Dan ia juga menyumbang kepada faktor-faktor yang membawa kepada ke arah perceraian.
"Kalau tidak digunakan dengan cara yang baik. Semakin berkembangnya sistem semakin timbul kesan sampingan dia. Ada buruk itu tak boleh nak nafikan. Tapi saya tak kata buruk. Namun ia boleh membawa kesan buruk," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Jelasnya,di Terengganu sahaja lebih 10 kes permohonan perceraian direkodkan sehari atas beberapa alasan dan faktor yang dikemukakan oleh setiap pasangan.
Ia termasuk kes membabitkan hubungan sulit pasangan dan kegagalan dalam persefahaman.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mUbTZJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment