Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-Kanak Dirogol Dan Dibunuh Ketika Turun Mengaji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-Kanak Dirogol Dan Dibunuh Ketika Turun Mengaji

Kanak-kanak seharusnya dilindungi dan disayangi, bukan disakiti. Terlalu banyak kes rogol dan bunuh melibatkan kanak-kanak tidak kira di dalam negara atau luar negara. Mengapa anak sekecil itu sanggup diperlakukan sebegitu?

Anggap saja kanak-kanak itu seperti anak sendiri, adakah sanggup anda melihat anak anda diperlakukan begitu kejam! Ada pula pihak polis yang apabila dilaporkan tentang kes culik dan bunuh, tetapi kes tersebut tidak diadili dengan betul. Iya, bukan semua polis dalam negara dan luar negara bertindak sedemikian, namun ada segelintir begitu.

Seperti nasib kanak-kanak malang ini, misteri kehilangan kanak-kanak perempuan di Kasur, Pakistan terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah pada Selasa lalu.

Mangsa, Zainab Ansari, 7, ditemui kira-kira dua kilometer daripada rumahnya selepas dilaporkan hilang pada Khamis sebelumnya ketika dalam perjalanan untuk mengaji al-Quran.

Biarpun laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarganya, semuanya sudah terlambat kerana nyawa kanak-kanak itu sudah melayang kerana perbuatan manusia yang keji.

Terdapat tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya dihumban dalam timbunan sampah sarap. Zainab dirogol berulang kali dan mayatnya hanya ditemui selepas empat atau lima hari kemudian.

Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.

Dalam pada itu turut tersebar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pergerakan terakhir Zainab bersama seorang lelaki tidak dikenali yang memimpin tangannya, beberapa jam sebelum mangsa dibunuh.

Peliknya Rrakaman CCTV terbabit diperoleh hasil usaha keras daripada usaha sanak saudara mangsa dan bukannya daripada pihak berkuasa yang jelas seperti tidak mahu mengambil kes tersebut.

Keluarga mangsa juga sehingga kini menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangan kanak-kanak malang itu dibuat.

Sumber: Mynewshub.cc

The post Kanak-Kanak Dirogol Dan Dibunuh Ketika Turun Mengaji appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rpasbf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.