Hi! Welcome Back and Stay Tune! Calon PM: Biar betul.......dengan sasar 40 kerusi PAS nak menang PRU14? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Calon PM: Biar betul.......dengan sasar 40 kerusi PAS nak menang PRU14?

PAS: Menang PRU14 lebih penting daripada pilih calon PM

  | January 17, 2018
Naib presiden PAS, Idris Ahmad berkata, parti Islam itu tidak menyokong Dr Mahathir mahupun Najib sebagai calon perdana menteri.
PETALING JAYA: PAS tidak perlu mengikut jejak Pakatan Harapan (PH) menamakan calon perdana menteri kerana lebih penting ialah memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) terlebih dahulu, kata Naib Presidennya, Idris Ahmad.
“Kami tak perlu isytihar (calon perdana menteri). Kita nak menang dulu. Lawan pun belum lagi.
“Dia (Tun Dr Mahathir Mohamad) sibuk mengenai PAS buat apa. Apa sibuk masalah PAS sangat. Bagilah menang dulu.
“Rakyat nak dengar tawaran PAS bukan nak tahu siapa calon perdana menteri,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH, Dr Mahathir semalam yang mencabar PAS menamakan calon perdana menteri mereka sebelum PRU14.
“Kita nak tahu, PAS nak bertanding, siapa calon perdana menteri dia? Dia calon Datuk Seri Najib Razak ke dia calon saya?
“Kalau dia bagitahu siapa calon dia, saya rasa dia boleh menang kalau orang suka calon dia. Itulah kita tak tahu,” kata bekas perdana menteri itu. 
Mengulas lanjut, Idris berkata, PAS tidak menyokong Dr Mahathir mahupun Najib sebagai calon perdana menteri.
“Apa punya soalan, kita dua-dua tolak. Kita dalam Gagasan Sejahtera. Kalau calon nama Dr Mahathir jadi perdana menteri, sama sahaja macam Najib buat apa,” sindirnya.
Beliau turut menjangkakan Dr Mahathir akan terus menyerang PAS.
“Dia lepas ini akan kata macam-macam pada PAS. Dia marah sebab tak boleh kawal PAS, tak boleh jinakkan PAS, macam-macam tuduh, apa nak hairan.”
Spekulasi PAS bekerjasama dengan Umno tersebar sejak parti Islam itu memutuskan kerjasama dengan PKR April tahun lalu serta enggan bekerjasama dengan PH yang akan menyebabkan pertanding 3 penjuru berlaku.
Ia turut disebabkan kemunculan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepentas bersama Najib dalam beberapa acara, termasuk Himpunan Solidariti Ummah Rohingya 2016.
* Kalau pun semua 40 kerusi PAS menang, adakah berhak untuk tuntut kerusi PM?


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mHSOtZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.