Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apakah Yang Akan Dilakukan Mahathir Dalam Tempoh 100 Hari Pentadbirannya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apakah Yang Akan Dilakukan Mahathir Dalam Tempoh 100 Hari Pentadbirannya?


Memang cukup hangat diperkatakan tentang pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan seandainya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Ada yang memandang sinis pencalonan berkenaan, ada yang menolak dan tidak kurang juga yang menyokong keputusan berkenaan.

Sudah banyak ulasan dibuat berhubung pencalonan ini cuma tidak ramai yang meneliti, apa yang akan dilakukan oleh Mahathir sebaik sahaja menduduki semula kerusi Perdana Menteri bagi pihak pembangkang ini.

Secara amnya, seperti mana-mana pemimpin yang diangkat sebagai Perdana Menteri, Menteri besar mahupun Ketua Menteri, pada 100 hari pertama inilah segala tumpuan akan terarah kepada mereka. Dalam tempoh kira-kira 3 bulan pertama inilah yang menentukan hala tuju sesebuah kerajaan yang ditadbir oleh seseorang individu itu. Justeru, timbul persoalan, apa yang akan dilakukan oleh Mahathir dalam tempoh 100 hari pertama?

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam urusan pentadbiran negara serta mempunyai begitu banyak "own interest" terhadap negara, Sudah tentunya, dia akan menumpukan pelbagai perkara untuk mengukuhkan kuasa dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Menurut pemerhatian, terdapat tiga perkara yang mungkin akan diberi perhatian khusus oleh Mahathir seandainya dia kembali berkuasa. Perkara pertama adalah dia bakal menggubal semula Anti Money Laundering Act (AMLA) atau lebih senang di sebut sebagai Akta Anti Penggubahan Wang Haram.

Secara ringkasnya, menurut akta ini, setiap sen yang dibawa masuk atau dibawa keluar dari negara ini perlu dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia. Dalam hal ini, dalam banyak laporan samada menerusi portal mahupun pendedahan media massa, Mahathir dan beberapa orang sekutu rapatnya mempunyai aset dan wang yang cukup banyak di luar negara.

Justeru, apabila akta ini digubal semula, ianya seperti memberikan mereka kuasa untuk membawa masuk wang mereka yang tersadai di luar negara untuk dibawa masuk semula kedalam negara khas untuk mereka. Jumlahnya bukan sedikit. Ianya mencecah angka berbilion-bilion Ringgit dan menariknya, sehingga hari ini, Mahathir langsung tidak pernah menafikannya.

Perkara kedua yang akan diberi perhatian khas oleh Mahathir adalah menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri ataupun lebih kita kenali sebagai ISA. Ianya adalah senjata Mahathir dalam melenyapkan terus sebarang kritikan mahupun cubaan untuk melawannya semasa dia berkuasa selama lebih 22 tahun dahulu.

Perkara terakhir pula adalah, usahanya untuk melenyapkan terus Barisan Nasional menerusi pelbagai tuduhan liar yang akan menyaksikan ramai dikalangan pemimpin Barisan Nasional di hadapkan kemahkamah atas pelbagai tuduhan yang selama ini gagal dikemukakan sebarang bukti oleh Mahathir. Namun, semua bukti itu akan diada-adakan demi mahu menghancurkan terus UMNO dan Barisan Nasional.

Segala dakyah kononnya mahu menubuhkan pasukan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung isu 1MDB, menghapuskan GST dan sebagainya itu hanyalah retorik semata-mata. Mahathir pastinya mahukan semua kepentingannya terpelihara termasuk memastikan semua skandal dan hartanya dilindungi.

Istilah untuk Selamatkan Malaysia tidak lebih dari sekadar satu laungan yang langsung tidak memberi apa-apa makna terhadapnya kerana keadaan Malaysia di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri sudah terbukti berada dalam keadaan terbaik. Mahathir hanya akan mengambil kesempatan keatas keamanan dan kemakmuran Malaysia yang dijana oleh Datuk Seri Mohd Najib khas untuk kepentingan dirinya sahaja.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EKzymM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.