Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kongsi Awek Dengan Lima Rakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kongsi Awek Dengan Lima Rakan

Kongsi Awek Dengan Lima Rakan|Seorang remaja berusia 19 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan merogol kekasihnya secara bergilir-gilir dengan lima rakan.

Remaja itu didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan, kali pertama pada jam 2 pagi hingga 4 pagi, dalam Jun 2017. Kali kedua, ketika mangsa berusia 15 tahun 11 bulan pada jam 2 dan 3 pagi, pada Ogos 2017.

Sementara rakanya, Mohamad Hakimie Muhamad, 21, dan Muhammad Husien Abu Bakar, 20, didakwa merogol mangsa antara jam 3 pagi sehingga 4 pagi pada Ogos 2017.

Dakwaan terhadap mereka dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin, manakala dakwaan terhadap remaja dua remaja berusia 16 tahun dan seorang remaja berusia 15 tahun dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, esok.

Kesemua kejadian didakwa berlaku di sebuah perumahan di Kampung Kulim, Pasir Puteh.

Kesemua rakan tertuduh juga tidak mengaku salah atas tuduhan itu dan berhasrat melantik peguam untuk perbicaraan kes berkenaan.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala mereka belum diwakili peguam.
Terdahulu, Hajarul memohon tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan perubatan dan tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 Februari depan.
Tiada jaminan dibenarkan Ahmad Bazli.

The post Kongsi Awek Dengan Lima Rakan appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mEvIVR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.