Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengaruh Negatif Pembangkang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengaruh Negatif Pembangkang





PERJUANGAN pembangkang sebenarnya telah membentuk pemikiran dan budaya negatif dalam masyarakat.

idea yang diajar dan dipopularkan oleh mereka akan membuat minda rakyat semakin negatif, lemah, manja, dan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

Pembangkang membayangkan perkara-perkara yang popular seperti pendidikan percuma, harga barang murah, tiada cukai GST dan sebagainya, jika mereka diberi peluang memerintah. Sebahagian rakyat mungkin mempercayai perkara ini, walaupun pembangkang sendiri sebenarnya tidak mampu melakukannya.

Tanpa sedar, ia akan menjadikan orang ramai meletakkan segala tanggungjawab ke atas kerajaan. Kerajaan akan sentiasa dijadikan mangsa ketidakpuasanhati rakyat.

Realitinya, jika pembangkang memerintah dan mahu melakukannya, mereka perlu mengadakan perkara lain. Ia seperti menutup lubang dengan tanah, dan tanah itu diambil dengan cara menggali lubang yang lain. Lubang tetap akan ada.

Sebenarnya ia suatu khayalan yang dicipta oleh pembangkang untuk memperdaya dan mengelirukan orang ramai.

Dalam situasi ini, jika rakyat itu seperti anak, ia adalah anak yang dimanjakan yang apabila dewasa nanti akan menjadi individu yang lemah dan tidak dapat berdikari. Rakyat akan bermentaliti subsidi.

Pembangkang sedar sebenarnya bahawa masalah ekonomi rakyat sebenarnya bukanlah disebabkan oleh kerajaan. Ia berkaitan pengurusan ekonomi rakyat itu sendiri. Sebaliknya mereka mengajar rakyat menyalahkan kerajaan kerana kesempitan hidup mereka.

Ia akan menghidupkan budaya hedonisme dalam masyarakat. Rakyat tidak dididik berbelanja dengan berhemah, sebaliknya mereka diajar mendesak kerajaan memenuhi kehendak-kehendak mereka.

Sekiranya ada pemimpin kerajaan memberikan pandangan dan nasihat yang baik, seperti berhemah dalam berbelanja, pembangkang akan mengejeknya. Pemimpin itu akan dikutuk, padahal ia adalah perkara yang benar.

Pembangkang seperti menggalakkan rakyat mengekalkan gaya hidup mereka, sebaliknya tidak mendidik mereka mengubah gaya hidup mereka. Maka, kerajaanlah yang akan dipersalahkan.

Lagi pula apa yang mereka perjuangkan sebenarnya tidak masuk akal. Bagaimana jika semua perkara itu diberikan secara percuma, dan dari mana kerajaan akan mendapatkan wang untuk mengurus negara? Tetapi, ramai orang tidak memerhatikan perkara ini.

Pembangkang menyedari kelemahan orang ramai untuk memikirkan perkara ini. Orang ramai mudah mempercayainya tanpa menyelidik. Kebanyakan orang bukanlah boleh berfikir dengan baik. Mereka mudah mempercayai tanpa usul periksa.

Jadi, sepatutnya anda nampak bahawa mereka tidaklah jujur berjuang untuk rakyat dan negara. Apa yang mereka janjikan sebenarnya tidak akan dapat dilaksanakan.

Bagaimanakah mahu mengharapkan mereka memerintah?

Kita patut mengambil tahu berkenaan negara, tetapi apa yang berlaku hari ini, ia agak keterlaluan sehingga kerajaan tidak dapat melakukan apa yang sepatutnya baik untuk negara pada masa hadapan. Pembangkang telah mempolitikkan segalanya.

Sebenarnya apa yang diperjuangkan pembangkang ini tidak masuk akal. Tiada negara seperti itu di dunia ini. Ia ada baik dan buruknya. Jika pendidikan percuma, tentu pula cukainya tinggi. Ia lebih kurang sama sahaja. Mungkin gaji tinggi, tetapi barang-barang keperluan pula mahal. Tidak akan ada sesuatu yang murah dan percuma, tanpa rakyat yang membayarnya dalam perkara yang lain.

Dalam minda orang ramai yang terpedaya atau terkeliru ini, mereka fikir kehidupan mereka akan menjadi lebih baik jika pembangkang memerintah.

Jika ditanya, apakah perkara-perkara yang baik itu, mereka pasti tidak akan dapat menjawabnya. Kenapa? Kerana ia hanya suatu khayalan yang terbentuk dari persepsi-persepsi semata-mata.

Ia adalah suatu persepsi semata-mata. Apabila pembangkang mendakwa kerajaan mencuri wang negara, secara tidak sedar orang ramai berfikir pembangkang berjuang untuk memulihkan keadaan negara.

Sebenarnya orang ramai pun tidak tahu bagaimana ia akan dilakukan. Ia hanya ilusi. Kenaikan harga barang-barang bukanlah sepenuhnya di bawah kuasa kerajaan. Ia tidak dapat diubah dengan menukar kerajaan. Kesedaran rakyat dalam berbelanjalah yang dapat menukar keadaan ini.

Sebaliknya, anda patut membaca bahawa apa yang diperjuangkan oleh mereka itu hanya umpan untuk memerangkap rakyat. Mereka sanggup merosakkan pemikiran masyarakat dengan budaya yang negatif agar mereka dapat berkuasa.

Jadi, adakah anda fikir mereka layak untuk memerintah?

Seseorang pemimpin yang baik berusaha menjadikan rakyatnya berdikari, bukannya berfikiran lemah dan negatif. Memanglah untuk mempengaruhi orang ramai adalah dengan memberikan apa yang orang ramai mahukan, tetapi itu adalah suatu sikap yang tidak baik pada masa hadapan.

Pemimpin yang baik adalah membentuk pemikiran rakyat, dan bukannya dibentuk oleh masyarakat. Anda bukanlah pemimpin yang baik jika anda menjanjikan perkara-perkara popular yang anda tahu ia tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Melihat kepada sikap pembangkang hari ini, mereka adalah pengacau kepada negara. Mereka merosakkan pemikiran masyarakat dengan menjanjikan kesenangan-kesenangan material yang tidak jelas apa sebenarnya.

Kenaikan harga minyak pun mereka sensasikan. Apa akan jadi kepada orang ramai ini jika negara benar-benar dihimpit kesusahan?

Hari ini banyak perkara telah dipersalahkan kepada kerajaan walaupun kerajaan tidak ada kaitan dalam perkara ini sepenuhnya.

Persepsi buruk yang dibawa pembangkang ini membuat kerajaan sentiasa dipersalahkan. Misalnya, apabila seorang mufti mempamerkan gambar tandas di Jepun yang bersih, dalam minda bawah sedar kebanyakan rakyat, mereka akan menganggap tandas kotor di Malaysia adalah salah kerajaan, seolah-olah yang menggunakan tandas itu adalah Perdana Menteri. Itu yang menjadi persepsi tanpa sedar dalam minda rakyat.

Padahal jika anda mengambil sedikit masa merenung perkara ini, ia adalah terbalik. Rakyatlah yang tidak menjaga kebersihan.

Begitu jugalah keadaan negara hari ini apabila pembangkang menghasut rakyat. Mereka menggalakkan rakyat memberontak kerana kesempitan-kesempitan hidup rakyat kerana keborosan dalam berbelanja untuk memenuhi kehendak-kehendak hidup yang tidak perlu.

Kerajaan bukanlah sepenuhnya bersih, tetapi apa yang dibawa oleh pembangkang ini telah memburukkan lagi keadaan. Mereka mengeksploitasi semuanya dan berjanji perkara-perkara yang kelihatan indah kepada rakyat, walhal ia bukanlah caranya untuk membentuk sebuah masyarakat dan negara yang baik.

Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya bukanlah masa depan negara yang lebih baik, tetapi mereka hanya memanipulasi rakyat untuk kepentingan peribadi mereka.

Sepatutnyanya semua orang tahu, jika mereka benar-benar ikhlas, mereka tidak akan menghasut rakyat dalam perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Oleh : Azman Hussin

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EHrS4O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.