Hi! Welcome Back and Stay Tune! Reputasi, Imej Farid Tercalar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Reputasi, Imej Farid Tercalar



Selepas pelakon Iqram Dinzly menjadi perhatian apabila aksi pelik dan lucah­nya tular di laman sosial, minggu lalu perhatian beralih kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, 37. Berita Farid ditahan kerana menampar anggota polis bertugas dan orang awam di Balai Polis Bukit Damansara Khamis lalu begitu cepat menjadi perhatian. 

Sekelip mata saja berita itu merebak bersama penyebaran gambar­nya. Lebih mengejutkan kerana Farid baru sahaja menerima anugerah Datuk hingga menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada mengatakan gelaran Datuk diterima membuat­kan Farid besar kepala. Walaupun kes membabitkan Farid tidak besar dan mungkin boleh lepas, apa yang pasti reputasi dan imejnya sudah tercalar. 

Hakikatnya, Farid bukan artis bermasalah sebaliknya berpendidikan dan daripada keluarga baik-baik. Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi boleh hilang sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Kata pepatah, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Mula menceburi dunia seni sebagai model iklan pada 1999 kemudian berlakon filem Mistik arahan Datuk A Razak Mohaideen pada 2000. 

Selepas itu, Farid terus dikenali sebagai pelakon seperti Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang, Lagenda Budak Setan, Bencinta, J Revolusi, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Pinjamkan Hatiku.

Farid juga diberi peluang mengarah filem, V3-Samseng Jalanan pada 2010. Pada 16 Disember 2017, Farid antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan yang membawa gelaran Datuk. 

Tidak sampai sebulan, Farid me­ngejutkan umum de­ngan berita ini hingga gelaran diterima turut dipersoalkan. Ia bukan isu baru kerana banyak lagi kisah yang kita dengar sebelum ini membabit­kan orang berpangkat dikaitkan dengan kekasaran dilakukan tetapi apabila berkaitan dengan artis, ia lebih mendapat perhatian.

Lebih menarik, sehari sebelum Farid menampar anggota polis itu, pelakon Ridzuan Hashim, 56, lebih dulu menjadi mangsa penamparnya. Ia berlaku di lokasi drama Uniknya Cinta, Rabu lalu. Ridzuan yang dikenali dengan watak King dalam filem KL Gangster, senang-senang menjadi mangsa Farid. 

Apabila Farid disahkan mengambil dadah, timbul persoalan mengapa perkara itu terjadi? Apakah tiada ‘job’ hingga hidupnya tertekan? Keluarga Farid tidak menolak kemungkinan pelakon J Revolusi itu me­ngambil ganja bagi menenangkan fikiran lantaran tekanan perasaan yang dihadapinya.

Kata adik Farid, Fadzil Zahari, tiga hari sebelum ditahan, Farid memberitahu dia terlalu merindui dua anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3. “Farid mengatakan sudah lama tidak berjumpa anaknya. Dia kelihatan murung tetapi saya tidak sangka bertindak sedemikian.

“Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawa­nya berjumpa doktor pakar,” katanya.

Apa pula kaitan mesej mengenai 300 artis meminjam along kerana tiada kerja hingga Farid hilang pertimbangan lalu menampar anggota polis bertugas? Tambah ‘panas’ apabila rakaman video Bigo Live Farid tersebar di laman sosial. Klip video itu dipercayai rakaman siaran langsung Farid bersama pelakon lelaki beberapa jam sebelum insiden bertindak kasar di balai polis.

Dalam rakaman itu, Farid antara lain me­ngulas mengenai projek lakonan drama dan filem terbarunya. Bagaimanapun, netizen menyifatkan aksi Farid sebagai ‘pelik’ hingga ada yang mendakwa dia seolah-olah khayal ketika siaran langsung itu dibuat. Apa pun, kita tunggu nasib Farid apabila tempoh remannya berakhir esok.

Di mana Diana Danielle? 

Ketika suami berhadapan ujian dan dugaan dalam hidup, di manakah isteri yang dicintai? Tempat isteri di sisi suami dan tentu menjadi tanda tanya apabila pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Jumaat lalu, kelibat isterinya, Datin Diana Danielle tidak kelihatan.

Hanya keluarga Farid seperti adiknya, Fadzil Zahari dan Anis Anwar hadir mengikuti perkembangan penahanan Farid. Pelakon J Revolusi dan Tombiruo: Penunggu Rimba itu ditangkap serta merta di Balai Polis Kota Damansara jam 1.20 petang Khamis lalu.

Hasil saringan air kencing mendapati Farid positif ganja dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pagi Jumaat. Farid direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Yang menimbulkan tanda tanya di mana Diana hingga menimbulkan spekulasi mengatakan mereka ada masalah. Namun, Diana mahupun ibunya, Norsiah Ramli me­ngatakan ke­nyataan Fadzil mengenai perkara itu tidak masuk akal kerana tiada masalah antara mereka.

Norsiah yang mesra de­ngan panggilan Mama mengesahkan Farid dan Diana masih tinggal sebumbung dan hubungan mereka baik saja. Pasangan itu juga hanya tinggal satu ting­kat di atas rumah Norsiah. Jika Diana bekerja, anak-anak dihantar ke rumahnya. Bagaimanapun, ketiadaan Diana pagi Jumaat lalu menguatkan lagi spekulasi itu.

Difahamkan, Diana tidak hadir kerana terbabit dengan penggambaran filem. Sejak berkahwin 3 No­vember 2012, rumah tangga Farid dan Diana tidak sunyi daripada gosip dan beberapa kali dikatakan mereka ada masalah. Bagaimanapun sehingga kini, pasangan itu masih bertahan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EKzJOY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.