Kerana Cinta, Ibu Bapa Pun Mahu Di Bom
AKIBAT cinta terhalang, bakal penuntut universiti sanggup merancang untuk membunuh ibu bapanya dengan bom kereta yang dibeli dari ‘Dark Web.’ Gurtej Singh Randhawa, 19, dari Wolverhampton dikatakan kecewa dengan ibu bapanya yang tidak membenarkannya bercinta dengan gadis kulit putih.
Bagaimanapun, cubaannya digagalkan oleh ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyamar sebagai penjual bom di laman web dikenali sebagai AlphaBay. Mereka menggantikan bom yang dipesan itu dengan peranti tiruan dan akhirnya dia berjaya ditahan.
Pelajar A-Level itu yang dihadapkan ke mahkamah November lalu, dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Crown Birmingham semalam, selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki bahan letupan dengan niat jahat untuk membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan serius.
Dua wanita berusia 45 dan 18 tahun yang turut ditahan kemudiannya dilepaskan tanpa tindakan lanjut. Gurtej yang juga bekas pelajar di Wolverhampton Grammar School dikatakan sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Liverpool.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EKLvc7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment