Hi! Welcome Back and Stay Tune! China Tegas Roboh Gereja Besar Dibina Secara Haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China Tegas Roboh Gereja Besar Dibina Secara Haram


BEIJING: Pihak berkuasa di utara China tetap bertegas apabila merobohkan sebuah gereja besar Kristian, yang terletak di Linfen, wilayah Shanxi meskipun dikritik masyarakat antarabangsa.

Gereja itu adalah Golden Lampstand yang dicat dengan warna kelabu, dikelilingi banyak menara serta lambang salib besar berwarna merah dipercayai sengaja dibina penganutnya tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa tempatan.

Rata-rata kumpulan hak asasi beragama menyifatkan usaha perobohan gereja itu sebagai tindakan ala Taliban, yang merujuk aksi biadab kumpulan pengganas di Afghanistan sering memusnahkan rumah ibadat agama lain.

Presiden kumpulan hak asasi agama berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu ChinaAid Association, Bob Fu berkata, pasukan polis dan tentera kerajaan ditugaskan untuk memantau kerja pemusnahan gereja tersebut pada Sabtu.

“Ia seperti operasi penentangan militan Taliban dan Daesh terhadap bangunan gereja,” kata beliau lagi sambil menambah kira-kira 50,000 anggota keselamatan terbabit dalam operasi bersepadu sepanjang hari berkenaan.

Memetik akhbar Global Times, seorang pegawai wilayah tempatan memaklumkan, tindakan roboh gereja itu sudah bermula Selasa lalu dan ia termasuk dalam senarai kempen kerajaan untuk memusnahkan bangunan haram.

“Bangunan itu asalnya tanah pertanian milik seorang penduduk beragama Kristian yang menawarkannya kepada pertubuhan Kristian tempatan. Jadi mereka bina gereja konon memberitahu untuk bina gudang,” kata pegawai itu.

Dianggarkan hanya 30 juta rakyat China menganut Kristian manakala lebih 200 juta penduduk negara itu sama ada beragama Buddha, Confucius atau Taoist dan kira-kira 700 juta lagi pula menyembah roh nenek moyang mereka.

Lebih 30 juta warga China adalah Muslim serta menikmati kebebasan beragama termasuk memiliki 36,000 masjid, 45,000 imam, makanan halal, perkahwinan, urusan haji dan cuti perayaan Islam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DAWuFC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.