Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awie Lancar Kelab Motor Berindentiti Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awie Lancar Kelab Motor Berindentiti Melayu



Kumpulan rock legenda Wings melancarkan kelab permotoran Wings Motor Gang Society (WMGS) yang terbuka kepada pemilik motosikal berkuasa tinggi 700cc ke atas dan hanya dianggotai oleh penunggang Bumiputera, di sini semalam. 

Pada majlis pelancaran yang berlangsung dalam suasana penuh adat tradisional Melayu di Tadom Hill Resort, Banting, semalam, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, buat permulaan ahli hanya terbuka kepada Bumiputera bagi mengukuhkan dan menguatkan jati diri dan identiti bikers atau penunggang Melayu dalam aktiviti permotoran.

Awie yang disertai anggota Wings lain, Eddie dan Black sendiri tampil berbaju Melayu cekak musang, berjaket hitam lengkap bertengkolok songket bagi menunjukkan identiti Melayu kelab permotoran tersebut.

“Saya pernah melalui zaman ‘poyo’ sewaktu muda dahulu, saya tunggang motosikal dengan pakai jaket kulit tengah hari dengan perasaan poyo. Tetapi lama-lama saya fikir, saya tidak mahu mewariskan perasaan poyo itu kepada generasi masa depan penunggang motosikal.

“Buat masa ini, kami hanya tetap imej bertanjak dan pakai baju Melayu cekak musang. Kemudiannya mungkin akan diperkemaskan seiring tuntutan zaman kontemporari. Identiti kami tidaklah sampai naik motor pakai capal sebab tak sesuai dengan faktor keselamatan,” jelas Awie yang menekankan tiga prinsip utama kelabnya iaitu silaturrahim, ekonomi dan kebajikan.

Majlis yang turut disempurnakan oleh Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Fazly Faizal Mohamed Razally itu dimeriahkan oleh seramai 600 jemputan termasuk 100 orang bikers dari Brunei, Thailand, Singapura dan seluruh negara yang merupakan ahli kelab WMGS.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FJrVye

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.