Bernaung Di Bawah ‘Satu Payung Perpaduan’ Kukuh
KUALA LUMPUR – Masyarakat India perlu sentiasa bersatu padu dan bernaung di bawah ‘satu payung perpaduan’ yang kukuh bagi menghadapi cabaran politik mendatang.
Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata aspek perpaduan menjadi elemen penting memandangkan ‘suara kuat’ itu dapat membawa perubahan termasuk dalam bidang di luar politik seperti pendidikan, pembangunan sosial dan agama.
“Jumlah masyarakat India dalam negara ini sekitar 2.2 juta sahaja, kira-kira 7.1 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Jadi mengapa kita tidak boleh mengutamakan perpaduan. Namun ramai yang menidakkan aspek kesatuan berikutan pemikiran politk berlainan.
“Pada masa sama, pelihara dan kekalkan identiti masyarakat India dari segi adat, bahasa, kebudayaan dan sebagainya. Ini juga sebagai kelangsungan kemajuan masyarakat kita yang terkenal dengan pelbagai budaya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal peringkat Wilayah Persekutuan (WP) anjuran Badan Perhubungan MIC WP, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan MIC WP Datuk M. Saravanan dan Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh.
Pesta ponggal itu turut disertai masyarakat setempat, diiringi tarian kebudayaan dan persembahan artis tempatan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B7EpMz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment