Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita New Zealand Luah Jijik Dengan Pramugari Terlalu Seksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita New Zealand Luah Jijik Dengan Pramugari Terlalu Seksi

Semua pakaian pramugari tidak dinafikan memang cantik mengikut syarikat penerbangan masing-masing. Ada juga yang mencipta pakaian pramugari dengan rekaan mengikut ciri-ciri negara tertentu.

Seorang wanita dari New Zealand menghantar surat terbuka kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negara meluahkan perasaannya yang jijik melihat uniform pramugari terlalu seksi semasa dalam penerbangannya.

BACA: Acara Sushi Bogel Cetus Kemarahan Orang Ramai

Dr. June Robertson menghantar surat terbuka kepada Senator Datuk Hanafi Mamat mengenai situasi dihadapinya semasa penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas.

“Pada Oktober 2017, beliau telah menaiki penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur, seorang pramugari yang sedang memberikan layanan di kelas bisnes membiarkan bajunya di bahagian atas terbuka, beliau meminta wanita tersebut memakai jaket kerana dia sedang tunduk ke arah mereka,” jelasnya.

Menurutnya, Robertson menghantar surat itu kepadanya selepas membaca laporan berita di New Zealand berhubung penolakannya terhadap pakaian pramugari yang seksi.

Dalam surat itu turut menunjukkan Robertson selalu melancong ke Malaysia iaitu dua kali setahun sejak 10 tahun lepas dan amat sukakan negara ini.

Tambah Hanafi, sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan peraturan untuk pakaian baru supaya lebih jelas gambaran Malaysia sebagai negara Islam serta mengekalkan ciri-ciri budaya Timur.

Berikutan itu, Hanafi memberi cadangan supaya kerajaan dapat perkenalkan peraturan pakaian yang memenuhi syariah kepada pramugari di semua syarikat pe­nerbangan Malaysia.

“Robertson turut membandingkan syarikat penerbangan tersebut dengan syarikat-syarikat penerbangan Eropah, New Zealand dan Amerika Syarikat pun tidak memakai skirt yang sesingkat itu,” jelasnya.

Ia jelas membuktikan bahawa wanita tak perlu berpakaian seksi untuk melariskan jualan. Jika kualiti bagus, pasti sesebuah syarikat itu akan terkenal dengan sendirinya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dicerai Sebab Malas Mandi
Pandai Kucing Ini Pujuk Lelaki Buka Pili Air

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Vitdaily Terjah Johara Pagi Era & Rasa Burger Bihun Johan



✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FLwhFa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.