Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pihak JAKIM Akhirnya Jumpa Sajat Dan Kedua Ibu Bapanya.. Apa Keputusannya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pihak JAKIM Akhirnya Jumpa Sajat Dan Kedua Ibu Bapanya.. Apa Keputusannya?


Akhirnya pihak Jakim telah menemui instafamous dan juga usahawan berjaya bernama Nur Sajat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan  Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, pihaknya dalam fasa untuk merungkai persoalan yang ditimbulkan masyarakat mengenai Sajat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai bentuk penyelesaian yang akan digunapakai untuk menangani isu ini.

Ini komen dari Dr Izwan:

"Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

"Jalan penyelesaian ini bagi mendapatkan pengesahan identiti sebenar Sajat,"

Dr Izwan berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Sajat di Wisma Nur Sajat petang tadi. Difahamkan, kedua ibu bapa Sajat turut serta dalam pertemuan itu.

Ditanya adakah dalam pertemuan itu pihak Jakim telah mendapat pengesahan jantina daripada Sajat, Dr Mohd Izwan berkata: "Belum."

Dr Izwan berkata lagi, sebarang urusan dalam mendapatkan pengesahan itu akan dibuat melalui perbincangan secara dalaman.

Ini komennya lagi:

"Ia adalah perbincangan dalaman, kita akan maklumkan dari semasa ke semasa,"

Sebelum ini Dr Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani masalah seperti Sajat yang dikatakan keliru identiti, berhajat untuk berjumpa dengan Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini mencetuskan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti usahawan kosmetik berkenaan.

Sementara itu, Sajat pula berkata, pertemuannya bersama Jakim adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu berbangkit.

"Alhamdulillah, hari ini saya terima kedatangan ziarah daripada wakil Jakim.

"Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya, doakan yang terbaik ya,"


Sajat juga memuatnaik foto pertemuan dengan wakil JAKIM bersama ibu bapanya di laman media sosial Instagram.

Sebelum ini, Sajat mendakwa, ada pihak yang kurang senang dengan kejayaannya sehingga pihak terbabit membuat laporan kepada pihak JAKIM.

Sumber: mStar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EPrEsd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.