Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Sanggup Bersembunyi Dalam Beca Dengan Suhu Sejuk Beku -2 Celcius’ Kanak-Kanak Lelaki Usia 10 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Bogel Dan Badan Berbirat Luka Serta Cedera Parah Didera Ibu Bapa Sendiri.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Sanggup Bersembunyi Dalam Beca Dengan Suhu Sejuk Beku -2 Celcius’ Kanak-Kanak Lelaki Usia 10 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Bogel Dan Badan Berbirat Luka Serta Cedera Parah Didera Ibu Bapa Sendiri..

Keadaan badan belakang kanak-kanak terbabit

Beijing-Seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang badannya dipenuhi kesan lebam serta luka ditemui tidur bogel di belakang sebuah beca dalam cuaca di bawah paras beku untuk mengelak dibelasah ibu bapanya di barat daya China.

Jiran yang menemuinya terkejut melihat keadaan badan kanak-kanak itu dan berkata, dia pada mulanya menyangka ada ayam bersembunyi di bawah kanvas yang menutup beca berkenaan.

Guizhou Metropolitan melaporkan kanak-kanak itu mengaku lari dari rumah selepas dibelasah teruk ibu bapanya dalam kejadian di San Qiao, Guiyang, wilayah Guizhou pada 8 Januari lalu. Cuaca pada malam itu dilaporkan sekitar -2 Celsius.


Rakaman tersebar di Internet menunjukkan badannya lebam dan dipenuhi kesan sebat.

Seorang jiran didengar berkata: “Seluruh badannya cedera! Dia mesti dibawa ke hospital!”

Orang ramai kemudian dilihat membawa baju tebal untuk budak itu sebelum menghubungi polis.

Seorang wanita yang bekerja di kedai dobi berhampiran berkata, dia melihat kanak-kanak itu berjalan bogel bersama ibunya pada malam sebelumnya.


“Wanita itu memakai jaket bulu biri tetapi anaknya tidak memakai seurat benang,” katanya.

Budak itu dilaporkan mirip gambar dalam risalah mengenai kanak-kanak hilang di kejiranan berkenaan.


Susulan itu, wartawan menghubungi Zeng, bapa kanak-kanak itu, untuk mendapatkan penjelasan apa yang berlaku pada malam sebelum dia ditemui.

Zeng dilaporkan cuma berkata: “Dia terlalu nakal dan kami menghukumnya.”

Dia kemudian terus menamatkan perbualan.

Kanak-kanak itu dilaporkan sudah dipulangkan kepada ibu bapanya selepas San Qiao memberi mereka amaran secara peribadi. Kes itu masih disiasat.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DmUsLB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.