Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anjing Pengesan Pun ‘Lalok’ Syabu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anjing Pengesan Pun ‘Lalok’ Syabu



Jumlah dadah syabu yang terlalu banyak di atas kapal yang ditahan pihak berkuasa Indonesia dekat Batam, kelmarin, menyebabkan anjing pengesan turut ‘lalok’ memaksa gerakan mencari dihentikan beberapa kali.

Media Indonesia melaporkan, menurut pembantu khas kepada Ketua Turus Tentera Laut Indonesia Laksamana Madya Achmad Taufiqoerrochman, dua anjing pengesan yang digunakan ketika menggeledah kapal menggunakan bendera Singapura itu menjadi khayal kerana menghidu terlalu banyak syabu, dianggarkan lebih satu tan.

“Kami terpaksa merehatkan anjing terbabit beberapa kali sebelum meneruskan penggeledahan,” katanya.

Menurut AFP, tentera laut Indonesia juga menahan empat orang di atas kapal MV Sunrise Glory ketika ia memasuki perairan Indonesia dipercayai dalam perjalanan ke Australia di Terusan Phillip antara Singapura dengan Batam.

Menurut Achmad, pihak berkuasa sudah lama mengesyaki kapal berkenaan, dipercayai bot nelayan Taiwan, terbabit dalam sindiket dadah sejak Disember lalu.

Kapal itu terbabit yang pada awalnya mengibarkan bendera Singapura, menukarnya kepada bendera Indonesia apabila dihampiri bot peronda tentera laut.

Kapal itu kemudian dibawa ke Batam dan pemeriksaan menemui dadah yang disembunyikan di dalam 41 guni beras berjumlah 1,029 kilogram (kg).

“Kami menemui lebih satu tan dadah jenis syabu dan jumlahnya mungkin meningkat kerana pemeriksaan masih dilakukan,” kata Achmad. – Agensi/myMetro Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nZdNcj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.