Hi! Welcome Back and Stay Tune! Red Giants beraksi di Stadium Shah Alam jika BN menang - Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Red Giants beraksi di Stadium Shah Alam jika BN menang - Najib

SEPANG: Skuad bola sepak Selangor akan bermain semula di Stadium Shah Alam sekiranya Barisan Nasional (BN) menang di Selangor dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya jaminan itu diberikan kerana beliau amat memahami isi hati orang muda Selangor berhubung isu berkenaan.

"Stadium Shah Alam kita akan serahkan balik kepada pasukan The Red Giants," katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia di Kampung Ulu Chucuh, di sini, hari ini.

Selangor dinafikan beraksi di Stadium Shah Alam susulan masalah antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri sejak penghujung 2016, menyebabkan pasukan itu perlu mencari gelanggang lain.

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras menjadi gelanggang tuan rumah pasukan Selangor untuk saingan Liga Malaysia musim ini. The Red Giants memegang rekod 33 kali menjuarai Piala Malaysia.

Najib berkata beliau juga akan memastikan hak Majlis Belia Negeri Selangor terhadap Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam turut dikembalikan jika BN menang di negeri itu pada PRU14.

Terdahulu, Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar ketika berucap pada majlis itu berkata kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada PKR telah menganaktirikan belia di negeri berkenaan.

Menurutnya, isu Stadium Shah Alam dan kompleks belia berkenaan adalah contoh keadaan warga Selangor dinafikan hak dan terpaksa menjadi 'pelarian' di negeri sendiri.

"Kalau Belia 4B bangkit memastikan kemenangan BN di Selangor, BN akan pulangkan semula kompleks belia kepada belia.

"Kalau hari ini BN menang, Stadium Shah Alam pun akan diserahkan semula kepada pasukan The Red Giants," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Red Giants beraksi di Stadium Shah Alam jika BN menang - Najib

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ETXjtT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.