Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU14: Umno Pekan yakin dapat majoriti lebih 40,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU14: Umno Pekan yakin dapat majoriti lebih 40,000

Datuk Seri Najib Razak mengibarkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian Perhimpunan Agung Umno, 7 Disember 2017. ― Foto BernamaDatuk Seri Najib Razak mengibarkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian Perhimpunan Agung Umno, 7 Disember 2017. ― Foto BernamaPEKAN, 11 Feb ― Umno Bahagian Pekan optimis mampu meraih majoriti 40,000 undi untuk kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti sekali gus mengekalkannya sebagai kubu parti berusia 72 tahun itu.

Timbalan ketua Umno bahagian Pekan, Datuk Seri Abu Bakar Harun berkata, keyakinan tersebut berdasarkan kerja kuat yang telah dilakukan oleh semua jentera parti termasuk wakil rakyat yang telah dipilih.

Menurutnya, keprihatinan dan kasih sayang presiden Umno yang juga ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak terhadap rakyat Pekan tidak dapat dinafikan dan ia dibuktikan melalui pelbagai kemudahan yang disediakan sehingga hari ini.

“Kalau nak kira, memang boleh dapat majoriti undi 40,000...kita telah bekerja untuk rakyat bermula selepas PRU lepas lagi,..semua jentera bekerja tanpa penat dan jemu.

Kita sasarkan setiap DUN akan bagi majoriti 10,000 undi, tetapi macam kawasan di Peramu Jaya yang mempunyai ramai pengundi, kita sasar dapat lebih 15,000 undi, jadi dapat 45,000 undi,” katanya ketika ditemui pada Jualan Sentuhan Rakyat di pasar raya Eng Hong Pekan dekat sini hari ini.

Hadir sama, ketua Wanita Umno Bahagian Pekan Datuk Zalmah Abdul Rahman dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya Datuk Seri Sh Mohd Puzi Sh Ali.

Najib menang di Parlimen Pekan menewaskan calon PKR Mohd Fariz Abd Talib pada PRU13 dengan  majoriti undi 35,613.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan persaingan lebih dua penjuru di Parlimen Pekan, Abu Bakar berkata, Umno tidak sesekali goyah kerana yakin rakyat di kawasan itu bijak menilai calon mana yang mampu dan ikhlas bekerja untuk rakyat.

“Kita tak kisah berapa penjuru...kalau pembangkang baru nak turun sekarang bagi bantuan, bagi sumbangan memang jelaslah mereka hanya nak raih undi.

Kita (BN) dah mula sejak lepas pilihan raya dulu dah, buat apa nak takut dengan persaingan daripada pihak pembangkang atau calon bebas? Lainlah kalau kita tak buat kerja, memang patut takut (bersaing),” katanya.

Beliau berkata setakat ini Umno telah menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pengundi di kawasan itu.

“Semua wakil rakyat, Wanita, Puteri, Pemuda dan NGO di bawah Umno Parlimen Pekan melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun di peringkat akar umbi. Setakat ini 80 peratus masalah rakyat telah diselesaikan.

Tetapi kita tak nafikan, dalam banyak-banyak mesti ada masalah yang keciciran atau terlepas pandang, namun gerak kerja yang kita buat bersifat berterusan dan rakyat sentiasa dibela dalam apa jua keadaan tanpa ada pengasingan atau pilih kasih...kita bantu semua,” katanya. ― Bernama



Sumber PRU14: Umno Pekan yakin dapat majoriti lebih 40,000

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EBqrIA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.