JDT tersungkur di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur menjaringkan gol tunggal menerusi Paulo Josue Sturmer dos Reis pada masa tambahan separuh masa pertama sebelum perlawanan itu ditunda akibat hujan lebat selepas beberapa minit babak kedua dimulakan, malam tadi.
Dalam aksi 33 minit yang bersambung di stadium sama hari ini, kedua-dua pasukan gagal menemui gol untuk membolehkan skuad Warga Kota itu mengekalkakan kedudukan dan mengecap kemenangan pertama liga.
Keputusan itu membawa Harimau Selatan jatuh ke tangga kedua, ketinggalan satu mata di belakang PKNS FC.Kali terakhir JDT tewas dalam liga adalah pada September tahun lalu ketika tumpas 3-2 kepada Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Ini adalah penyertaan Liga Super pertama Kuala Lumpur sejak lima tahun lalu apabila mereka menjuarai Liga Perdana musim lalu.
Selangor, yang turut tewas buat kali pertama selepas melakar dua kemenangan, berada di tempat ketiga.
Walaupun menyamai enam mata JDT, Selangor berada di kedudukan lebih bawah dibezakan dengan jaringan bolos selepas kalah 4-1 di tangan Terengganu FC di Kuala Terengganu, malam tadi.
Antara pasukan pilihan musim ini, Kedah, yang sedang menentang PKNP untuk perlawanan ketiga di Batu Kawan, terperosok di tangga terbawah selepas tewas dua perlawanan lalu.
Sumber JDT tersungkur di Kuala Lumpur
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EiPSLT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment