Hi! Welcome Back and Stay Tune! Corak permainan menyerang gaya JDT raih kemenangan - Morais - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Corak permainan menyerang gaya JDT raih kemenangan - Morais

KUALA LUMPUR: Beraksi dengan corak permainan menyerang dan mencipta banyak peluang akan menghasilkan lebih banyak kemenangan daripada kekalahan, kata ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Ulisses Morais.

Ditemui pemberita selepas JDT tumpas 0-1 kepada Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini, pengendali kelahiran Portugal itu tidak menyalahkan pemainnya kerana gagal menjaringkan gol menentang Kuala Lumpur yang memperaga corak permainan bertahan, kerana situasi tersebut jarang berlaku kepada pasukan dari selatan tanah air itu.

"Biasanya apabila kita mencipta banyak peluang, kita akan menjaringkan sekurang-kurangnya satu atau dua gol. Namun pada perlawanan hari ini, kita gagal membolosi gawang lawan. Jika anda tidak menjaringkan gol, pihak lawan akan menjaringkan gol, ini yang berlaku hari ini.

"Itu kesilapan kita kerana Kuala Lumpur hanya ada dua atau tiga peluang tetapi mereka berjaya menjaringkan gol. Jika kita terus mencipta banyak peluang, kita akan memenangi banyak perlawanan daripada kalah," katanya.

Kuala Lumpur meraih tiga mata selepas berjaya mempertahankan kelebihan 1-0 ke atas juara Liga Super empat kali berturut-turut itu dalam perlawanan berlangsung 33 minit hari ini, selepas aksi berkenaan pada malam tadi, ditangguhkan pada minit ke-56 berikutan hujan lebat dan keadaan padang becak dan air bertakung.

Pemain import Kuala Lumpur dari Brazil, Paulo Josue menyumbat masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-45, sekali gus menyaksikan skuad 'City Hawk' mencatat kemenangan pertama musim ini.

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur Fabios Maciel berkata pasukannya berjaya menewaskan skuad Harimau Selatan tersebut, setelah beliau menganalisa corak permainan dan beberapa kelemahan pasukan lawan.

"Pada dua perlawanan sebelum ini, kita menguasai permainan tetapi gagal menjaringkan gol. Hari ini, kita mempunyai lapan peluang terbaik dan membiarkan JDT mengawal permainan.

"Semalam selepas perlawanan saya pulang ke rumah, dua kali saya menyaksikan perlawanan itu. JDT sebuah pasukan yang hebat tetapi mereka juga mempunyai kelemahan. Jadi, saya kenal pasti kelemahan itu dan memanfaatkan kelemahan itu untuk menghalang mereka daripada menjaringkan gol," katanya.

Pada perlawanan seterusnya, JDT akan berdepan Melaka United di Larkin pada 24 Feb, manakala Kuala Lumpur bertemu PKNP FC di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 25 Feb.

-- BERNAMA



Sumber Corak permainan menyerang gaya JDT raih kemenangan - Morais

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EVdhnw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.