Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPBM parti koboi, 400 aduan isu perlembagaan tak selesai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPBM parti koboi, 400 aduan isu perlembagaan tak selesai

Bekas penyelaras PPBM Arjuna Putra Ali menunjukkan senarai nama pengadu dan cakera keras mengandungi bukti percakapan pengadu. — Foto BernamaBekas penyelaras PPBM Arjuna Putra Ali menunjukkan senarai nama pengadu dan cakera keras mengandungi bukti percakapan pengadu. — Foto BernamaKLUANG, 11 Feb ― Jabatan Pendaftaran  Pertubuhan (ROS) didesak mengambil tindakan segera terhadap aduan dikemukakan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkaitan perlembagaan parti itu, sejak Oktober lepas.

Bekas penyelaras PPBM Kluang Arjuna Putra Ali berkata terdapat lebih 400 aduan dikemukakan anggota parti itu di seluruh negara, namun masih belum diambil sebarang tindakan oleh ROS dalam masa empat bulan ini.

“Jika (masih) tiada penyelesaian, saya bersama semua pengadu akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan ibu pejabat ROS,” katanya di sini, hari ini.

Arjuna Putra turut menyifatkan PPBM sebagai sebuah parti koboi kerana gagal menyelesaikan perlembagaan parti.

Katanya aduan yang dikemukakan kepada ROS membabitkan lima perkara iaitu pelaksanaan mesyuarat agung (AGM) parti itu, yuran keahlian, pendaftaran keahlian tanpa pengetahuan penama, ketua bahagian yang dilantik merupakan kroni pemimpin tertinggi dan kegagalan parti mengemukakan penyata kewangan.

“Saya juga ada menyimpan bukti percakapan (pengadu) dalam cakera keras (hard disk) selain maklumat peribadi pengadu, namun ia akan terus kami simpan bagi mengelak ia ‘hilang’ sebelum  dihantar kepada ROS dalam tempoh 10 hari lagi,” katanya. ― Bernama



Sumber PPBM parti koboi, 400 aduan isu perlembagaan tak selesai

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EBqAf6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.