Hi! Welcome Back and Stay Tune! Idam produk Apple, suri rumah rugi RM15,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Idam produk Apple, suri rumah rugi RM15,000

Mangsa menunggu bungkusan hadiah mengandungi pelbagai barangan seperti dua buah komputer riba jenama Apple, telefon pintar iPhone 7, set gelang berlian, beg tangan, minyak wangi dan emas. — Foto ReutersMangsa menunggu bungkusan hadiah mengandungi pelbagai barangan seperti dua buah komputer riba jenama Apple, telefon pintar iPhone 7, set gelang berlian, beg tangan, minyak wangi dan emas. — Foto ReutersKUANTAN, 18 Feb — Seorang suri rumah kerugian RM15,200 selepas terpedaya dengan pemberian barangan berjenama daripada kenalan laman sosial yang kononnya bekerja di Scotland.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu mendakwa berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Mohd Fazli Hassan, kononnya dari Singapura, pada Januari lalu.

Mangsa mendakwa Mohd Fazli telah mengirimkan bungkusan hadiah mengandungi pelbagai barangan seperti dua buah komputer riba jenama Apple, telefon pintar iPhone 7, set gelang berlian, beg tangan, minyak wangi dan emas kepadanya pada 14 Februari lalu.

"Pada petang 15 Februari lalu, mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada pegawai kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bernama Lia menyatakan dia perlu membayar wang pemprosesan penghantaran itu.

"Mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM15,200 ke dalam akaun yang diberikan Lia atas nama Devinraj Dennis, namun sehingga kini tidak menerima bungkusan yang dijanjikan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohd Wazir menambah mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini semalam, selepas menyedari dirinya ditipu memandangkan usahanya untuk menghubungi suspek tidak berjaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.  — Bernama



Sumber Idam produk Apple, suri rumah rugi RM15,000

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cuh34G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.