Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tumpaskan graduan dunia, Mafudah tidak lokek ilmu akaun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tumpaskan graduan dunia, Mafudah tidak lokek ilmu akaun

Datuk Seri Idris Jusoh berbual dengan Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, ketika berkunjung ke rumahnya di Kampung Tok Raja Jertih hari ini. — Foto BernamaDatuk Seri Idris Jusoh berbual dengan Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, ketika berkunjung ke rumahnya di Kampung Tok Raja Jertih hari ini. — Foto BernamaBESUT, 18 Feb — Meskipun dinasihatkan keluarganya agar melupakan hasrat mendalami bidang perakaunan, Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, berjaya membuktikan minatnya dalam bidang itu mampu membawa kejayaan kepadanya.

Anak jati Kampung Tok Raja, Jertih yang memiliki kelulusan daripada Kolej Intec, Kuala Lumpur itu  mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) yang diumumkan baru-baru ini.

Kejayaan itu menobatkan beliau anak Melayu pertama yang berjaya mendapat tempat teratas di peringkat dunia dengan memperoleh markah tertinggi iaitu 95 peratus.

Sebelum ini,  kejayaan tertinggi yang pernah dicapai oleh beberapa anak Melayu  ialah tempat kedua, ketiga dan keenam bagi tempoh 2015 hingga tahun lepas.

Ketika ditemui Bernama di rumah keluarganya di Kampung Tok Raja  hari ini,  anak ketiga daripada tujuh beradik itu melahirkan rasa syukur kerana bukan sahaja dapat membuktikan anak Melayu boleh menguasai bidang tersebut malah kepada keluarganya yang sebelum ini  tidak yakin dengan  kemampuannya.

Katanya minat dalam bidang itu dipupuk di sekolah menerusi subjek kegemarannya iaitu perakaunan, ekonomi dan matematik di samping ingin menyahut cabaran kerajaan yang mahu lebih ramai anak Melayu menceburi bidang tersebut kerana bilangan mereka masih kurang.

“Setelah tamat belajar peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 8A1B di MRSM Besut, saya memasuki Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur bagi mengikuti asas bidang perakaunan selama setahun setengah,” katanya.

Menurutnya, minat dalam bidang itu bertambah semasa di kolej itu dan berjaya memperoleh biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menyambung pengajian di Kolej Intec.

“Di sinilah saya banyak belajar tentang bidang perakaunan dengan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam bidang tersebut dari semasa ke semasa sebelum terpilih untuk menyertai F7 Financial Reporting ACCA bagi graduan dari seluruh dunia,” katanya.

Ditanya tentang rahsia kejayaannya, Wan Nur Mafudah memberitahu beliau belajar dengan mengajar balik apa yang diketahui dan difahaminya kepada orang lain.

Beliau yang bercita-cita menjadi pensyarah bidang perakaunan mencadangkan agar subjek perakaunan, perdagangan dan ekonomi serta bahasa Inggeris ditekankan secara serius kepada pelajar di peringkat awal menengah kerana ia asas seseorang untuk menguasai pengajian perakaunan.

“Selain itu pelajar perlu juga diberikan asas dalam mata pelajaran teknologi maklumat dan matematik di samping perlu menguasai sekurang-kurang tiga bahasa selain bahasa Inggeris yang begitu penting untuk berkomunikasi sekiranya menceburi bidang perakaunan,” katanya. — Bernama



Sumber Tumpaskan graduan dunia, Mafudah tidak lokek ilmu akaun

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EDeC5C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.