Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pencuri kabel azab dibelasah penduduk rumah panjang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pencuri kabel azab dibelasah penduduk rumah panjang

BINTULU: Dua pencuri kabel terpaksa menempuh azab selepas dibelasah sekumpulan penduduk rumah panjang di Sungai Setulai, di sini, petang semalam, sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, kedua-dua suspek berkenaan yang berusia lingkungan 20-an ditangkap ketika leka memotong kabel elektrik berhampiran Rumah Panjang Timban, di sini.

Sejurus ditangkap, penduduk setempat yang berang dengan perbuatan mereka kerana menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kawasan terbabit, bertindak membelasah kedua-dua pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitendan Zulkipli Suhaili, berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bintulu dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kes berkenaan.

"Sejurus tiba di lokasi, kita mendapati kedua-dua suspek sudah ditahan oleh penduduk rumah panjang itu dan diletakkan di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan dikawal rapi bagi mengelak mereka melarikan diri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek turut terbabit dalam kegiatan mencuri haiwan ternakan penduduk rumah panjang sekitar kawasan itu sebelum ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan curi dan direman pagi ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.



Sumber Pencuri kabel azab dibelasah penduduk rumah panjang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HrLmN2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.