Mahkamah Iraq hukum 12 balu Daesh
BAGHDAD: Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang wanita Turki dan 11 yang lain dipenjara seumur hidup kerana terbabit dengan militan Daesh.
Semua 12 balu yang terdiri daripada 11 warga Turki dan seorang Azeri sabit kesalahan walaupun mereka mendakwa diperdaya suami mereka untuk memasuki Iraq.
Wanita yang masing-masing berusia antara 20 hingga 50 itu ditahan di Mosul atau Tal Afar tempat suami mereka terbunuh, ketika tentera Iraq menawan semula beberapa bandar di kawasan utara tahun lalu.
Peguam bela yang mewakili mereka berpendapat, semua wanita itu diperdaya untuk memasuki Iraq dan mereka tidak terbabit dengan mana-mana keganasan.
Bagaimanapun, mereka didapati bersalah di bawah Artikel 4 undang-undang anti-pengganas Iraq yang menetapkan mana-mana individu yang didapati melakukan, menghasut, merancang, membiayai atau membantu dalam tindakan keganasan dan memasuki negara itu secara tidak sah.
Semua wanita terbabit menangis dan salah seorang wanita Turki hampir pengsan sebaik saja mendengar hukuman dijatuhkan.
Mereka diberi tempoh sebulan untuk mengemukakan rayuan.
Menurut sumber keselamatan, sejumlah 509 wanita termasuk 300 Turki bersama 813 kanak-kanak ditahan di Iraq. - Reuters
Sumber Mahkamah Iraq hukum 12 balu Daesh
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ECmd4q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment