Hi! Welcome Back and Stay Tune! Trafik perlahan di lebuhraya utama petang ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Trafik perlahan di lebuhraya utama petang ini

Trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 4 petang ini berikutan pertambahan kenderaan menuju ibu kota. — Foto oleh Farhan NajibTrafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 4 petang ini berikutan pertambahan kenderaan menuju ibu kota. — Foto oleh Farhan NajibKUALA LUMPUR, 18 Feb — Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat 4 petang ini berikutan pertambahan kenderaan yang menuju ke destinasi masing-masing.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata di kawasan utara, trafik bergerak perlahan dari Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, Hentian Tikam Batu ke Bertam, Permatang Pauh ke Seberang Jaya dan Juru ke Jawi.

“Trafik turut perlahan di Changkat Jering menuju ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Jelapang, Ipoh ke Gopeng sehingga Sungkai dan Bukit Beruntung menuju Rawang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Di kawasan selatan pula, trafik perlahan dari Hentian Pedas Linggi ke Port Dickson, Pagoh ke Simpang Ampat dan Sedenak menuju ke Kulai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran  trafik perlahan dari Karak menuju ke Bentong sehingga ke Bukit Tinggi manakala laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.  — Bernama



Sumber Trafik perlahan di lebuhraya utama petang ini

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CvFqia

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.