Namewee biadab, menteri ‘halau’ menari dalam hutan
BERA, 18 Feb — Tindakan pengarah kontroversi Namewee, memuat naik klip video bertajuk Like A Dog dianggap “provokasi, melampau dan biadab”.
Kerajaan juga enggan berkompromi lagi dengan sikapnya, didakwa mencabar dan tidak menjaga sensitiviti pelbagai kaum di Malaysia, lapor Berita Harian.
“Kalau dia nak menari seperti dalam video klip itu pun, pergilah (menari) dalam hutan,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.
“Kenapa mesti buat (video klip) depan masjid,” kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu, di pekarangan surau Kampung Paya Mengkuang Ladang.
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu mengulas tindakan Namawee memuat naik klip video terbarunya Like A Dog sempena Tahun Baru Cina.
Ia memaparkan sekumpulan individu bertopeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah dekat Bangunan Perdana Putra, menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Ismail turut mengesyorkan Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menahan Namewee mengikut undang-undang sedia ada.
Wakil rakyat parlimen Bera itu khuatir jika ada pihak tertentu mengambil tindakan sendiri atau menggunakan isu itu demi mencetuskan ketegangan kaum.
“Jadi, sebelum ini berlaku, eloklah pihak berkuasa menahan Namewee untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sumber Namewee biadab, menteri ‘halau’ menari dalam hutan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HsLFHd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment